Antonio Conte sebelum ini dikaitkan dengan jawatan di Man United sebaik sahaja pasukan itu kalah dua perlawanan besar berturut turut di Old Trafford.
United kalah 0-5 di tangan Liverpool dan diikuti kekalahan 0-2 di tangan Man City. Ianya membuatkan Ole Gunnar Solskjaer ibarat telur di hujung tanduk ketika itu.
Nama Antonio Conte mulai menjadi bualan untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer. Conte malah dikatakan sudah bercakap dengan wakil daripada United berkenaan dengan situasi tersebut.
Conte juga dilaporkan sedia untuk mengambil akhir pasukan Manchester United pada pertengahan musim.
Namun selepas itu ada beberapa ahli lembaga pengarah tertinggi United menentang perlantikan tersebut dan kekal dengan sokongan kepada Ole Gunnar Solskjaer. Ini termasuk Sir Alex Ferguson.
Conte tidak mendapat sebarang tawaran rasmi namun United masih meletakkan beliau dalam senarai calon menggantikan Ole.
Sebenarnya, selepas kekalahan 0-5 di tangan Liverpool, Ole Gunnar Solskjaer diberikan tiga perlawanan untuk menyelamatkan kariernya di United. Bermula dengan aksi berdepan Spurs, Atalanta dan kemudian City.
United menang bergaya 3-0 ke atas Spurs. Yang ketika itu terus memecat Nuno Espirito Santo. Lalu melantik Conte. Jadi Ole baru sahaja mengenepikan saingan untuk jawatannya.
Conte dikatakan kurang disenangi BOD United kerana reputasinya yang berani menentang pengurusan tertinggi. Conte malah pernah mengecam majikannya di dalam sidang media secara terbuka ketika mengendalikan Chelsea.
Selain itu Conte juga dianggap agak demand kerana mahukan kuasa akhir dalam menentukan sasaran pemain untuk dibeli dan dijual.
Terbaru Daily Sports melaporkan sebab utama United tidak melantik Conte kerana pengurus itu meletakkan penilaian kos dana perpindahan yang beliau perlukan untuk memperbaiki pasukan United ketika ini.
United 'put off' Antonio Conte approach after '£250m transfer budget demands' #mufc https://t.co/FlPk4jS6ap pic.twitter.com/twcDaeMBOL
— Man United News (@ManUtdMEN) November 15, 2021
Conte dikatakan meminta £250 juta untuk memastikan United dapat diperbaiki. Nilai itu dianggap sangat tinggi memandangkan ramai pemain bintang dalam skuad United.
Namun Conte menilai kos itu termasuk dengan cita cita United yang berbeza dengan pasukan seperti Spurs. United mahukan kejayaan seperti EPL dan UCL dalam masa segera. Selepas kelab itu lama kemarau kejuaraan tersebut. Sejak ditinggalkan Sir Alex Ferguson.
🚨 Manchester United didn't appoint Antonio Conte to replace Ole Gunnar Solskjaer because he demanded a £250m transfer budget for 2022.
(Source: Daily Star) pic.twitter.com/ERTjrXLTqT
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 14, 2021
Conte dikenali dengan pengurus yang bermain dengan sistem permainan yang beliau bentuk dan sangat sistematik. United masih belum ada DNA bola sepak yang jelas. Jadi usaha untuk menanam falsafah bola sepak dikatakan menelan kos yang besar.
Akhirnya United hanya meletakkan Conte sebagai calon. Jika Solskjaer terus gagal menunjukkan perubahan.
Tetapi selepas itu Spurs bertindak pantas melantik pengurus itu menjadi ketua jurulatih mereka yang baharu.