Conte Nak Tinggalkan Inter Selepas Terima Surat Berisi Peluru

Antonio Conte membuat kenyataan mengejutkan semua pihak selepas aksi final UEL Inter berdepan Sevilla. Di mana beliau menggambarkan bahawa beliau mahu meninggalkan Giuseppe Meazza.

Inter Milan tewas 2-3 dalam perlawanan tersebut, sekaligus terlepas piala pertama di bawah Conte. Dan ini kali kedua Inter menamatkan saingan sebagai naib juara pada musim ini, selepas menamatkan saingan Serie A di tangga kedua.

“Kami akan menganalisis sepanjang musim, melihat beberapa perkara dengan cara yang sangat tenang, dan berusaha membuat rancangan untuk masa depan Inter, dengan atau tanpa saya,” kata Conte kepada Sky Sport Italia.

Kenyataan ini jelas mengejutkan ramai phak. Ini kerana Conte telah memperbaiki prestasi Inter pada musim ini. Beliau berjaya membentuk pasukan Inter Milan yang lebih digeruni.

Conte tidak menjelaskan dengan tepat mengapa dia ingin pergi.

Ada yang menganggap Conte kecewa kerana pengurusan tertinggi kelab tidak cukup menghargai usahanya dan tidak memberikannya sokongan serta perlindungan ketika memerlukan.

Laporan lain menyatakan bahawa, Conte kecewa kerana ada individu dalam pengurusan tertinggi yang meragui projek yang telah beliau bina di Inter.

Conte terima peluru

Namun satu lagi sebab kenapa Conte dilaporkan mahu pergi adalah ancaman yang beliau terima pada November pada tahun lalu.

Conte dilaporkan menerima beberapa siri ancaman daripada pihak yang terus gagal dikesan

Conte  juga turut menerima sepucuk surat berisi perluru di dalamnya. Conte dilaporkan agak kecewa dengan cara kelab menangani situasi tersebut yang dianggapnya sangat serius.

“Sesuatu terjadi, tidak ada gunanya berdrama. Kita harus melihat apakah semua orang sudah siap untuk tidak melalui tahun seperti apa yang terjadi pada saya,” kata Conte lagi.

“Ada beberapa situasi yang membuatkan  saya akan menilai, dan hanya layak dinilai oleh presiden juga. Saya juga akan memberitahu pengarah mengenai pandangan saya.”

“Saya mempunyai keluarga dan saya harus memahami sama ada bola sepak adalah keutamaan atau keluarga. Kerana jika ada keadaan yang mempengaruhi keluarga saya maka itu sudah cukup. Semuanya ada hadnya,” katanya.

Selepas perlawanan menentang Atalanta, Conte juga menggambarkan bahawa beliau mungkin akan pergi. Tetapi kenyataannya agak pelik kerana menyentuh mengenai perlindungan kelab kepadanya.

Isterinya, Elisabetta Muscarello menafikan perkara itu di Facebook. “Berita berkenaan dengan peluru dihantar ke rumah kami itu adalah hoax!”

Terdapat tuduhan bahawa surat ancaman itu tidak sampai ke rumah Conte, tetapi hanya disimpan di markas Inter Milan. Ini dilakukan agar keluarga tidak merasa risau kerana ancaman tersebut.

Inter Milan mengeluarkan kenyataan bahawa ancaman itu tidak ditujukan secara spesifik kepada Conte, tetapi kepada kelab.

Akhbar Corrier della Sierra, Inter Milan berkata: “Berkaitan dengan berita yang diterbitkan pada hari ini, Inter menyatakan bahawa, Antonio Conte tidak menerima secara peribadi sebarang surat ancaman.”

“Seterusnya, Inter Milan tidak menerima sebarang aduan secara peribadi daripada Conte.”

“Surat tersebut diterima oleh kelabm dan seperti kebiasannya,  dalam situasi ini, kami menghubungi pihak berkuasa.”

Baca yang lain