Conte Setuju Sertai Napoli Dan Mahukan Lukaku

Antonio Conte dilaporkan setuju untuk menjadi pengendali Napoli pada musim baharu.

Conte turut meminta kelab membeli Lukaku untuk menjadi penyerang utama di Napoli jika kelab itu mahu menjual Kvaratskhelia ke PSG. Conte sebenarnya tidak mahu pemain itu dijual. Namun jika kelab memutuskan untuk menerima tawaran €100 juta dari PSG maka dia mahukan Lukaku sebagai pengganti.

Kini Lukaku boleh bergabung semula dengan Conte di Napoli. Dan ia turut membuka peluang kepada Osimhen untuk dijual jika ada tawaran yang baik.

Conte Dan Lukaku sebelum ini bergandingan ketika membantu Inter menjuarai Scudetto beberapa musim yang lalu.

Conte malah pernah mendedahkan bahawa dia sebenarnya mahukan Lukaku ketika di Chelsea lagi. Namun ketika ini Chelsea mendapatkannya Alvaro Morata. Dan Lukaku pula ke Man United walaupun ketika itu sebenarnya Mourinho yang sebenarnya mahukan Morata.

Conte akhirnya berjaya bergabung dengan Lukaku beberapa tahun kemudian. Dan Lukaku menjadi salah seorang penyerang terbaik di dunia pada masa itu.

Selepas membantu Inter menjuarai Serie A, Conte dan Lukaku meninggalkan kelab itu. Conte terlebih dahulu meninggalkan Inter kerana tidak sehaluan dengan pemilik kelab.

Kemudian Lukaku pula angkat kaki kerana mahu menyertai semula Chelsea. Atas alasan ada urusan belum selesai di sana.

Lukaku kemudian kembali semula ke Inter setelah tidak menjadi dan terlibat kontroversi ketika dia setuju melakukan wawancara dengan Sky Itali. Lukaku pada masa itu tidak mendapat keizinan kelabnya Chelsea untuk bercakap tentang taktikal Tuchel secara terbuka.

Lukaku menyalahkan taktikal Tuchel membuatkan dia bergelut di Chelsea dan meminta Lautaro Martinez jangan datang ke Chelsea kerana Lukaku mahu pulang semula ke Inter beberapa tahun lagi.

Komen itu membuatkan Lukaku dikenakan tindakan. Dia kemudian kembali ke Inter secara pinjaman. Dia tidak dapat berpindah secara tetap dan pergi ke AS Roma juga secara pinjaman.

Menurut laporan Nico Schira, Conte setuju dengan kontrak sehingga 2027. Dia juga dibenarkan untuk membawa masuk 3 pembantu utamanya seperti yang dia mahukan.

Conte akan menjadi pengurus paling besar gaji di Serie A dengan €8 juta semusim. Dia memiliki reputasi yang luar biasa sebagai pengurus yang kerap memenangi trofi liga.