Conte Shusssh-kan Kem Southampton Ketika Leading 2-1, Akhirnya Sugul Tewas 2-3

Ianya mungkin hari yang sangat memalukan untuk Antonio Conte, yang memprovokasi penyokong Southampton dengan mengarahkan mereka diam – ketika Spurs mendahulu, namun kemdian kalah pada akhirnya.

Tottenham Hotspur tewas di tempat sendiri kepada Southampton dalam Liga Perdana dengan skor 2-3.

Tottenham bermula sangan baik. Di mana mereka memecah kebuntuan pada minit-18. Ianya berpunca daripada hantaran lintang Pierre-Emile Hoejbjerg telah disilap agak oleh pemain pertahanan Southampton, Jan Bednarek yang kemudian tertampan bola ke gawangnya sendiri.

Namun gol pendahuluan itu hanya bertahan 5 minit sahaja. Kerana Southampton membalas gol tersebut pada minit ke-23. Bermula daripada hantaran silang Romain Perraud – bola telah disempurnakan oleh Armando Broja menerusi rembatan jarak dekat

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Bersambung babak kedua, Spurs kembali di hadapan, selepas 25 minit perlawanan disambung semula. Kali ini bintang sensasi Korea Selatan, Son Heung-min menjaringkan gol untuk Southampton menerusi percubaan dari jarak dekat, selepas dia menerima kemas hantaran lintang Lucas Moura pad minit ke-70.

Ketika pasukannya berada 2-1 di hadapan, Conte meminta Ralph Hassehutl dan penyokong Soton yang ada di stadium untuk diam dengan memberikan isyarat shuussssh!

Ini selepas Ralph Hasenhüttl dan penyokong Southampton memprotes gol tersebut yang dianggap tiada semangat kesukanan kerana ada seorang pemain Southampton terbaring.

Conte yang marah dengan bantahan daripada Southampton itu kelihatan mahu bertumbuk dengan rakan sejawatannya itu.

Malang buat Conte, kerana selepas itu mereka dikejar sekali lagi, malah ditinggalkan dan tewas.

Ini apabila Southampton menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi gol Mohamed Elyounoussi yang merobek gawang Tottenham dengan tandukannya,selepas dia menerima hantaran lintang James Ward-Prowse.

Ralph Hasenhüttl kali ini meraikannya di hadapan penyokong Spurs.

Ralph Hasenhüttl sekali lagi kegirangan meraikan gol pasukannya. Ini kerana 3 minit selepas itu, pada minit ke-82, Ward Prowse menjadi arkitek gol Southampton sekali lagi. Kali ini dia menghantar bola silang yang disempurnakan oleh Che Adams.

Tottenham berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan menerusi Steven Bergwijn. Tetapi VAR membatalkan gol tersebut keran Bergwijn sudah pun berada di kedudukan ofsaid.

Kekalahan ini membuatkan Spurs semakin sukar untuk menempatkan diri dalam kalangan pasukan yang akan mara ke UCL musim hadapan.

Spurs kini berada di tanggan ketujuh dalam kedudukan carta Liga Perdana Inggeris dengan 36 mata. Sementara itu, Southampton naik ke tangga ke-10 dengan 28 mata.

Ianya jelas sekali bukan malam yang untuk dikenang oleh Conte.

Di mana selepas tamat perlawanan dia menyatakan bahawa pemain pemainnya terlalu emosional di atas padang membuatkan mereka hilang fokus dan kalah dari kedudukan mendahului, bukan sekali tetapi dua kali.

Pada wisel penamat Hasenhuttl meraikan 3 mata berharga mereka dengan penuh semangat.

Baca yang lain