Conte Tiba Tiba Jadikan Pemain Man United Ini Sasaran Utama Dan Minta Mereka ‘Stand By’

Antonio Conte masih berusaha untuk memperkuatkan pasukannya di Napoli. Ketika ini Conte masih lagi cuba mendapatkan Romelu Lukaku dari Chelsea. Ini kerana menurut Conte, pemain itu adalah pemain yang benar benar faham dengan sistem permainannya. Sebelum ini laporan Gianluca Di Marzio menyebut bahawa, mendapatkan Lukaku adalah sebahagian syarat antara Conte dan Napoli ketika kedua dua mereka membincangkan kontrak.

Hal ini kerana Napoli menyenaraikan nama Osimhen untuk dijual. Dan conte tidak akan campur tangan dalam urusan penjualan Osimhen pada kali ini. Conte kemudian menafikan bahawa polisi sama diamalkan pada Kvicha Kvaratskhelia yang baru baru ini ejennya meminta kelab itu menjualnya.

Kerana Conte mahukan pemain itu kekal. Dia yakin pemain Georgia itu akan menjadi pemain penting dalam kempen pertama Conte bersama dengan Napoli musim akan datang.

Dan seorang lagi nama pemain Liga Perdana Inggeris dimahukan Antonio Conte. Ianya agak mengejutkan kerana ketika ini Conte mahukan pemain tengah Man United, Scott McTominay.

Pemain antarabangsa Scotland itu tanpa keraguan berada dalam senarai untuk dijual oleh Man United. Namun kelab berkeras bahawa mereka tidak akan melepaskan McTominay jika harga tidak memuaskan hati.

Oleh sebab itu Fulham masih gagal mendapatkan pemain tengah itu walaupun McTominay sudah setuju dengan syarat peribadi ditawarkan kelab London itu. Beberapa minggu lalu, Goal melaporkan United sudah menolak 3 bidaan daripada Fulham. Hal ini kerana United hanya akan menerima pakej bayaran £30 juta untuk pemain tersebut.

McTominay jelas sekali bukan pemain untuk dibuang oleh United. Cuma kelab mahu mencari solusi terbaik untuk kedua dua pihak. Ini kerana McTominay mahukan minit permainan. Dan kelab pula sebenarnya masih berminat mengekalkan pemain itu yang sentiasa menunjukkan impak setiap kali diturunkan oleh Ten Hag musim lalu.

Selain itu Scott McTominay ketika ini tidak pernah mendesak perpindahan keluar dan dia menghormati pendirian kelab itu berkaitan dengan harga. Jadi, Napoli kini jadi pasukan terbaru yang mahukan Scott McTominay. Malah dia adalah pemain sasaran utama Conte pada masa ini menurut Alfredo Pedulla.

Laporan yang sama menyebut, Napoli sudah sedia untuk menghantar bidaan rasmi dan sudah meminta pihak Man United dan McTominay dalam mod ‘bersedia’ atau stand by. Napoli benar benar berharap akan dapat menandatangani McTominay sebagai bukti bahawa mereka benar benar mahu membantu Conte dalam jendela perpindahan kali ini.

Ketika di Juventus, Conte pernah menggilap Paul Pogba menjadi pemain berkelas dunia. Jadi, Conte yakin akan dapat memberikan sentuhan yang sama kepada McTominay yang menepati profil pemain yang dimahukan Conte.

McTominay kini berada di atas nama Lukaku untuk keutamaan untuk ditandatangani.

McTominay pemain yang muda dan bertenaga dan pada masa yang sama rajin turun naik di dalam padang. Ianya aset yang penting dalam sistem permainan Conte.