David Coote dikatakan sudah maklum tentang video viral yang tersebar menunjukkan dia mengutuk Liverpool dan menyatakan kebenciannya kepada bangsa Scousers.
Dia juga melabel Jurgen Klopp sebagai angkuh dan membuatkan dia tidak tahan dengan pengurus itu.
“Liverpool kelab sial, dan kami semua benci dengan Scousers [bangsa Liverpool],” kata Coote dalam video itu.
Coote memberikan amaran kepada rakannya dalam video itu untuk tidak menyebarkan video tersebut. Dengan seorang lelaki berkata, mereka tidak bodoh menyebarkan video itu kerana ianya boleh membuatkan karier Coote berakhir.
PGMOL telah menggantung sementara Coote daripada tugasannya dan dia masih lagi disiasat.
David coote ladies and gentlemen pic.twitter.com/WDHc36a7Mn
— Josh (@Josh97LFC) November 11, 2024
Penyokong Liverpool mulai mengungkit balik beberapa siri keputusan pengadilan Coote yang dianggap berat sebelah melibatkan Liverpool.
Antaranya dia tidak melayangkan kad merah kepada Leon Bailey baru baru ini. Sebelum ini dia tidak memberikan sebarang kad kepada Jordan Pickford yang mengasari Van Dijk sehingga pemain itu mengalami kecederaan ACL.
Satu insiden berlaku melibatkan aksi Liverpool dan Arsenal, Coote tidak memberikan penalti kepada Liverpool. Di mana William Saliba sendiri percaya Odegaard memang handball dan Liverpool patut dapat penalti.
Coote yang sudah melihat video viral itu dikatakan tidak membuat penafian bahawa video itu fake. Dia turut tidak meminta untuk meneliti balik video itu untuk mengingati insiden itu. Bermakna memang dia adalah orang dalam video itu.
UPDATE: Top Premier League referee David Coote, is understood to have accepted the viral video in which in which he appears is genuine. However, it is believed he does not recall the content of the discussion, recorded several years ago. https://t.co/WzVERalAaQ
— Darren Lewis (@MirrorDarren) November 11, 2024
Coote kini berdepan dengan hukuman lebih berat. Kerana menunjukkan kebenciannya kepada sebuah pasukan dengan jelas.
Peminat bola sepak turut menyatakan: “Lebih gila dia membenarkan seseorang merakam dia berkata begitu, di mana akal mamat ni.”