Copa Del Rey: Real Madrid Dan Barcelona Tersingkir Di Suku Akhir

Real Madrid Dan Barcelona kedua-duanya tersingkir di suku akhir untuk edisi kali ini.

Kedua dua pasukan gergasi Sepanyol itu dikejutkan oleh lawan masing masing dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.

Sociedad singkir Real Madrid.

Martin Odegaard menjadi duri dalam daging kepada parent club beliau Real Madrid dalam aksi ini.

Beliau merupakan pemain yang meminta untuk dijual ke Ajax pada perpindahan lalu. Namun Zidane enggan, kerana mahu menggunakan beliau.

Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila pada saat akhir perpindahan, beliau dipinjamkan ke Real Sociedad.

Real Madrid tidak melarang pemain itu bermain menentang mereka dalam syarat pinjaman beliau. Jadi, Odegaard boleh beraksi dalam perlawanan ini.

Odegaard dan Alexander Isak bergandingan dengan cemerlang untuk menyingkirkan skuad bimbingan Zinedine Zidane di hadapan penyokong mereka sendiri di Santiago Bernabeu dalam thriller 7 gol.

Real Madrid ketinggalan 3 gol berbalas 0 pada perlawanan ini.

Gol pembukaan oleh Odegaard pada minit ke-23 dan juga dua gol daripada Isak, masing masing pada minit ke-54 dan ke-56.

Tersentak dengan ketinggalan go sebanyak itu pasukan Real Madrid cuba bangkit dengan menjaringkan gol pertama menerusi Marcelo.

Namun begitu, Sociedad kembali dengan empat gol di hadapan, hanya 10 minit daripada gol Marcelo itu. Ianya adalah hasil daripada gol Mikel Merino minit ke-69.

Real Madrid cuba bangkit sekali lagi. Rodrygo menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-81.

Real Madrid mendapat gol ketiga menerusi Nacho pada lewat perlawanan. Ianya terlalu lewat.

Real Madrid tersingkir di suku akhir.

Bilbao Tabur Garam Pada Luka Barcelona

Ianya bukan minggu yang baik untuk Barcelona apabila mereka berdepan dengan konflik ‘percakaran’ di antara Lionel Messi dan Eric Abidal.

Ianya gara gara komen kontroversi oleh Eric Abidal yang menuduh para pemain Barcelona sebagai punca kepada pemecatan Ernesto Valverde.

Messi kemudian tampil dengan pertanyaan, mahu Abidal memberitahu siapakah ‘sesetengah pemain’ yang dimaksudkan oleh Abidal.

Di atas padang pula mereka disingkirkan oleh Athletic Bilbao pada peringkat separuh akhir Copa del Rey.

Lebih pedih apabila Barcelona tersingkir kerana jaringan sendiri oleh Sergio Busquets. Pada awalnya ia kelihatan seperti gol oleh Inaki Williams.

https://twitter.com/i/status/1225538059460018176

Inaki Williams memang kaw kaw persembahan dia dalam aksi ini. Beliau memberikan segala masalah kepada Barcelona.

Walaupun tewas, pengendali Barcelona, Quique Setien tetap tenang dan menyatakan bahawa pasukan mereka kini berada di landasan yang tepat, seperti yang mereka rancang. Dan berharap akan bangkit semula selepas kekalahan ini.

Ini merupakan kekalahan kedua Barcelona dalam 4 perlawanan  terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Barcelona kini akan fokus kepada La Liga untuk cuba memintas semula Real Madrid yang berada di puncak pada ketika ini.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan