8 kad merah dilayangkan oleh pengadil dalam satu perlawanan! Gila kan? Ya memang gila.
Itulah yang berlaku dalam aksi pertemuan Gremio vs Internacional pada perlawanan Copa Libertadores.
Ini gara gara pemain kedua dua pasukan bergaduh teruk di atas padang ala Royal Rumble.
Para pemain dari kedua dua pasukan bertumbuk di bahagian yang berdekatan dengan corner flag. Selepas sekumpulan pemain menyerbu dua pemain yang sedang bertengkar.
Pada saat kejadian, pasuka Gremio dan Internacional dalam kedudukan 0-0.
Ketika masuk ke minit akhir separuh masa kedua, ketika itulah telah terjadi insiden melibatkan pemain mereka.
Kemudian berlaku konfrontasi dan kutuk mengutuk yang menjurus kepada satu pergaduhan besar di antara kedua dua pasukan.
Rakan rakan kedua dua pemai menunjukkan semangat nak bergaduh dengan membantu mereka ni tadi.
Football in Europe may be off, but at least this gives us chance to catch up with goings on around the world.
Let’s just check in on the Gremio vs Internacional derby in Brazil. 0-0 and eight sendings off, you say? Why would that b… oh #GRENALpic.twitter.com/7cJPIT5pLX
— FourFourTwo (@FourFourTwo) March 13, 2020
Insiden itu membuatkan ramai yang tergamam. Tidak sangka akan berlaku pergaduhan yang sebegitu besar di atas padang. Ianya juga mengundang banyak kritikan daripada peminat termasuk peminat mereka sendiri.
Sebagai pemain profesional kenalah bijak mengawal emosi dan jangan buat benda yang memalukan seperti itu.
https://twitter.com/i/status/1238292619702210561
Selepas beberapa minit aksi tegang, akhirnya para pemain berjaya dileraikan.
Pengadil telah memberikan kad merah kepada dua pemain yang mencetuskan pergaduhan itu.
Ini diikuti enam lagi pemain selepas pengadil mengenal pasti mereka juga turut terlibat.
Pepe, Luciano da Rocha Neves, Caio Henrique Oliveira Silva dan Paulo Miranda adalah pemain-pemain Gremio yang menerima kad merah.
Sementar itu, 4 lagi kad merah kepada Edenilson, Moises Roberto Barbosa, Victor Cuesta dan Bruno Conceicao Praxedes pula dari Internacional.
Rekod terbaru
Ini merupakan rekod baharu dalam kejohanan tersebut. Di mana ada lapan pemain dilayangkan kad merah dalam satu perlawanan Copa Libertadores.
Kedua dua kelab juga bakal berhadapan dengan tindakan dan hukuman berat kerana gagal mengawal pemain – pemain mereka di atas padang.
Perlawanan berakhir dengan 0-0. Ianya adalah aksi peringkat kumpulan E yang dilangsungkan di Arena do Gremio di Porto Alegre, Rio Grande do Sul.
Selain daripada kes kad merah lapan pemain di antara Gremio dan Internacional, berlaku juga kes flying kick ala karate oleh Adebayor dalam aksi di antara Olimpia vs Defensa. Di mana aksi tersebut dimenangi oleh Olimpia.
Sebentar tadi, pihak CONMEBOL telah menggantung sementara kejohanan ini kerana wabak koronavirus yang kian merisaukan.
Kedua dua pasukan kini bukan sahaja terikat 0-0 pada skor, mereka juga terikat 4-4 pada kedudukan kad merah.
Pada masa yang sama, Gremio dan Internacional kini terikat 4 mata dalam carta kedudukan kumpulan E.
Kedua dua pasukan kini berada di tangga pertama dan kedua kumpulan E, dan merupakan pasukan pilihan daripada kumpulan ini.
🇧🇷🇨🇴🇨🇱 Ficou assim a classificação do Grupo E da #Libertadores ao fim da segunda rodada da Fase de Grupos. O @SCInternacional lidera no saldo de gols. pic.twitter.com/phN3fZJHZK
— CONMEBOL Libertadores (@LibertadoresBR) March 13, 2020