Sepakan penjuru adalah salah satu perkar yang penting dalam bola sepak.
Ianya adalah salah satu sumber gol yang penting bagi pasukan yang dapat melaksanakannya dengan baik.
Oleh itu ada banyak sekali usaha untuk menambahkan kelainan unik dalam rutin tendangan sudut konvensional.
Bekas pemain Arsenal, Santi Cazorla, terkenal sekali melakukan tendangan sudut dengan ‘kaki lemahnya’ untuk mengelirukan pemain pertahanan lawan.
Tetapi ada satu rutin tendangan sudut Liga Perdana Inggeris yang dihasilkan pada 2009 yang boleh dikira di kelas tersendiri berbanding yang lain.
Namun malangnya ianya tidak dibenarkan walaupun sudah menghasilkan gol. Sepakan penjuru yang sepatutnya dikenang kerana kegeniusan arkiteknya telah dirompak secara terang terangan.
Arkitek sepakan penjuru itu adalah Sir Alex Ferguson yang merancang sepakan penjuru licik Manchester United dalam perlawanan menentang Chelsea.
Dalam aksi kemenangan Red Devils 3-0 ke atas Blues, Cristiano Ronaldo menganggap beliau telah menjaringkan gol secara sah dari rutin sepakan penjuru yang genius.
Namun malang sekali ianya ditarik balik oleh penjaga garisan dengan Howard Webb pun tidak pasti apa yang sedang berlaku dan kenapa sepakan penjuru itu diharamkan oleh penjaga garisan.
Malah dia sendiri tak pasti apa yang harus dilakukan sebagai ketua pengadil.
Ianya sebenarnya macam ni…
Wayne Rooney telah menola bola keluar dari garisan di bendera sepakan sudut untuk menghidupkan bola itu – dalam rutin sepakan penjuru pendek.
Selepas menyentuh / rolling bola itu, Rooney meninggalkannya kerana beliau tidak boleh menyentuh ia kali kedua.
Helah itu kelihatan akan berjaya dengan para pemain Chelsea tak seorang pun pergi merampas bola itu, menganggap bola itu masih belum dihidupkan.
Giggs kemudian mengambil bola dan melakukan beberapa gerakan lalu melakukan hantaran lintang.
Bola hantaran lintang telah ditanduk oleh Cristiano Ronaldo dengan mudah, dalam keadaan para pemain Chelsea ‘shut down’ ataupun tertidur seketika.
Pengadil membatalkan gol itu dengan cara agak kejam. Wayne Rooney membantahnya bersama dengan rakan yang lain.
Namun Howard Webb cuba menampakkan ‘kebijaksanaannya’ konon konon dia jelas dengan keadan itu.
Man United diarah mengambil semula sepakan penjuru itu. Dan korang tahu apa berlaku?
Ya, Nemanja Vidic menjaringkan gol menerusi retaken. Mujurlah kan. Boleh la merawat sedikit hati yang terguris selepas rutin sepakan penjuru yang sangat genius mereka dibatalkan dengan cara dirompak.
Tidak lama selepas itu, Blackburn Rovers meniru rutin sepakan sudut United itu dalam keputusan seri 3-3 dengan Wigan dan kali ini, Andre Marriner menghadiahkan gol kepada mereka – kerana ianya memang sah.
Morten Gamst Pedersen menggelecek bola ke dalam kotak setelah Yakubu melakukan kontak dengan bola di kawasan bendera sepakan penjuru. Dan gol pun terhasil.
Selain daripada sepakan penjuru, sepakan penalti pun pernah Lionel Messi dan Suarez meniru penalti Cruyff yang menghidupkan bola dengan sentuhan pertama.
Henry dan Pires pernah cuba melakukannya. Namun Henry pula terlajak dan terlupa akan apa yang mereka rancang.