Courtois: “Benzema Lebih Bagus Kerana Hatrik Lewandowski Ada 2 Gol Penalti”

Penjaga Real Madrid, Thibaut Courtois percaya Karim Benzema adalah pemain No.9 terbaik di dunia dan sepatutnya menduduki tempat lebih tinggi dalam senarai Ballon d’Or pada 2021.

Benzema memberikan inspirasi kepada pasukan Real Madrid untuk bangkit menang dari ketinggalan ketika berdepan pasukan yang digelar ‘super team’ – Paris Saint-Germain dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara pada hari Rabu.

Selepas tewas pada perlawanan pertama 1-0, Real Madrid ketinggalan 2-0 secara agregat dalam perlawanan itu selepas satu lagi gol Kylian Mbappe di Santiago Bernabeu pada hari Rabu.

Los Blancos agak tersentak dengan kedudukan tersebut, tetapi Benzema telah menjadi inspirasi untuk menghidupkan semula permainan lalu menjaringkan hatrik pada separuh masa kedua. PSG yang terkejut tidak pernah pulih apabila Real Madrid menjadikannya malam yang diingati.

Benzema menduduki tempat keempat dalam perlumbaan untuk Ballon d’Or pada 2021, di belakang Robert Lewandowski.

Courtois, bagaimanapun, percaya bahawa pemain Perancis itu kini merupakan penyerang terbaik di dunia dan sepatutnya berada di kedudukan lebih tinggi dalam senarai Ballon d’Or.

Pemain Belgium itu berkata selepas perlawanan:

“Karim Benzema adalah pemain nombor 9 terbaik di dunia. Lewandowski juga menjaringkan 3 gol semalam, tetapi 2 gol dia adalah menerusi penalti… hari ini Benzema menunjukkan mengapa dia harus lebih tinggi dalam Ballon d’Or tahun ini.”

“Karim berlari, bertarung, malah berada dalam kesakitan!”, tambahnya lagi.

PSG tidak dapat menghalang api persembahan yang membara daripada Karim Benzema.

Pasukan Paris itu tidak ada jawapan kepada Karim Benzema ketika dia bergandingan dengan sangat baik di atas padang dengan pemain seperti Vinicius Junior, Luka Modric dan Rodrygo.

Hatrik itu memang wajar menjadi milik Benzema selepas mempamerkan aksi penyerang tengah yang lengkap yang sepatutnya menjadi penanda aras kepada penyerang lain selepas ini.

Tiga gol itu membantunya menyamai rekod Mohamed Salah dengan lapan gol untuk musim ini dalam Liga Juara-Juara Eropah.

[VIDEO] PSG Gagal Lagi, Donnarumma Buat Kelakar, Benzema Hatrik

Real Madrid meneruskan tradisi cemerlang mereka di dalam UC. Kali ni mereka berjaya menyingkirkan PSG daripada Liga Juara-Juara dengan cara yang dramatik.

Tampil di Santiago Bernabeu pada leg kedua pusingan 16 terakhir selepas kemenangan dengan skor 3-1(agg 3-2)  mengatasi PSG yang menurunkan trio Mess-Mbappe-Neymar.

Dalamm aksi pertama di Parc des Princes Februari lalu, Madrid tewas dengan jaringan tipis 0-1. Perlawanan di mana Real Madrid beraksi teruk dan boleh kalah lebih besar lagi.

Pada mulanya, orang ramai meragui bahawa Real Madrid mampu terus kekal dalam persaingan Liga Juara-Juara.

PSG cukup dominan mengawal separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang berbahaya. Walaupun pada minit ke-34, PSG berjaya menjaringkan gol tetapi ia tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Gol yang dinanti-nantikan PSG kemudiannya tercipta pada minit ke-39, dan kali ini ianya tidak dibatalkan oleh pengadil. Kylian Mbappe menunjukkan kualitnya kepada peminat Real Madrid dengan menjaringkan gol selepas melepasi Eder Militao.

PSG semakin selesa mengawal permainan pada separuh masa pertama. Malangnya, kelab buatan Mauricio Pochettino itu gagal untuk menggandakan kelebihan gol mereka.

Separuh masa pertama berakhir dengan PSG mendahului Real Madrid 1-0.

Tatal ke bawah untuk membaca maklumat lanjut.

Separuh masa kedua, pada minit ke-54, PSG sekali lagi menyaksikan gol mereka dibatalkan oleh pengadil atas sebab yang sama iaitu ofsaid.

Detik ngeri Donnarumma

Kesilapan maut Gianluigi Donnarumma memberi harapan kepada Real Madrid. Pada minit ke-61, penjaga gol Itali itu mengawal bola terlalu lama sehingga dia terjatuh selepas diasak dengan body charge oleh Karim Benzema. Bola itu dirampas oleh Vinicius Junior yang melorongkan terus kepada Benzema untuk gol. 1-1.

Donnarumma seharusnya bertindak lebih cepat. Dia ditekan dengan high line pressure oleh Real Madrid.

Real Madrid menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-76, juga menerusi Benzema sekali lagi. Kali ini Benzema menerima hantaran pembunuh daripada Luka Modric.  Benzema hanya melakukan half turn dan kemudian merembat masuk menewaskan Donnarumma. Kini agregat 2-2.

PSG mulai ketakutan melihat apa yang berlaku. Peminat di Santiago Bernabeu turut membuatkan PSG hilang arah.

Real Madrid mulai menunjukkan mereka siapa ‘bos’ sebenar di UCL. Pasukan yang ada 13 UCL di kabinet mereka.

Hanya dua minit kemudian, Karim Benzema membuat Santiago Bernabeu bergemuruh dengan hatriknya! Pemain Perancis itu merembat terus bola yang datang daripada Marquinhos. Pemain pertahanan tersebut berjaya menghalang Vinicius, namun dia melakukan kesilapan besar dengan clearance seperti itu.

Gol itu adalah gol kemenangan Real Madrid secara agregat.

PSG sekali lagi tersingkir dan melanjutkan lagi penantian kelab mereka dalam usaha mahu menjuarai UCL.

Pengurus pengurus sebelum ini dipecat setelah gagal dalam kempen UCL. Kerana PSG tidak akan membawa bintang seperti Neymar, Messi dan Mbappe hanya untuk semata mata memenangi Ligue 1.

Messi merupakan pemain dengan gaji tertinggi di dunia ketika.

Musim lalu, Pochettino juga dikatakan hampir dipecat selepas gagal menjuarai UCL. Namun dia bernasib baik kerana masih diberikan kepercayaan oleh kelab.

Musim ini PSG tersingkir di peringkat 16 akhir.

Namun harus diimbas kembali aksi di Parc Des Princes di mana PSG gagal memanfaatkan peluang terbaik mereka untuk menambah jaringan lebih banyak.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti ketika itu dikritik ramai kerana pendekatan taktikal yang dianggap pasif. Namun membuktikan bahawa beliau berjaya melepasi cabaran PSG dengan kualiti yang mereka ada.