Courtois Dedahkan 2 Kelemahan Utama Taktikal Real Madrid Ketika Lawan Arsenal

Thibaut Courtois merasakan bahawa punca utama Real Madrid gagal bangkit adalah kerana tiada penyerang tulen atau penyerang semulajadi. Itu adalah kelemahan pertama yang dikesan oleh Courtois.

Real Madrid tewas dalam kedua dua perlawanan di away dan home pada aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah menentang Arsenal.

Perlawanan pertama mereka kalah 3-0 di Emirates, sementara aksi di Bernabeu mereka kalah 1-2 pula menjadikan agregat 5-1.

Ini kerana menurutnya, sebelum ini Real Madrid memiliki pemain target man yang mampu menjadi plan B pasukan apabila pemain seperti Kylian Mbappe dirantai dengan ketat dengan 2 pemain lawan.

“Pada akhirnya, apabila mereka memberi anda penalti, jika anda menyelamatkannya, maka anda terus percaya. Pada mulanya kami mencipta sedikit bahaya, penyokong memberikan semangat kepada kami tetapi Arsenal adalah pasukan yang bertahan dengan baik, mereka teratur, pemain bek sayap mereka, penyerang [mereka berkualiti]…

“Pada separuh masa pertama kami merasakan bahawa jika kami telah menjaringkan gol pertama perlawanan akan terbuka, akhirnya mereka mendapat gol pertama, kami mengikatnya dengan cepat, anda terus percaya tetapi kami tidak begitu tajamn di serangan. Dan saya tak fikir Raya melakukan sebarang save berkelas dunia hari ini [kerana ketumpulan serangan].

“Kami tewas di tangan pasukan Arsenal yang sangat baik dan kami perlu menerimanya.”

“Terdapat kekurangan bola sepa. Arsenal adalah pasukan yang bertahan dengan baik, tersusun dengan baik, menekan dengan baik, dan sukar untuk mencari ruang. Kami melakukan banyak hantaran lintang, tetapi tahun ini kami tidak mempunyai Joselu, penyerang tulen di hadapan.

“Kami perlu menganalisis dengan teliti apa yang boleh kami lakukan dengan lebih baik. Kami mempunyai musim liga yang masih panjang di hadapan kami. Dan kami mempunyai pertandingan piala domestik.

“Kami berterima kasih kepada penyokong, kemudian kami juga masih ada pertandingan Piala Dunia Kelab.

“Berfikir kebangkitan semula adalah perkara yang hebat, dan saya harap kami boleh membawa mereka sedikit kegembiraan musim ini.”

Seterusnya, faktor kedua yang didapati menjadi punca Real Madrid gagal mendapatkan gol lebih banyak adalah kurangnya permainan kombinasi untuk menembusi organisasi pertahanan Arsenal yang mantap.

Penjaga gol itu menambah: “Kadangkala anda perlu mengkritik diri sendiri dan melihat segala-galanya dengan teliti. Semua orang perlu melakukan ini. Saya rasa kami adalah satu pasukan, tetapi kami perlu membuat lebih banyak permainan berpasukan dan bukan terlalu bergantung kepada permainan individu.

“Jika mereka berjaya mengekang Vini atau Kylian, dengan double marks [dua pemain merantai seorang pemain], ianya perkara biasa untuk 2 vs 1 dan berjaya, namun bukannya sampai 5 kali pemain disekat dengan sistem tersebut,” kata Courtois yang tidak gembira dengan kurangnya permainan kombinasi di antara pemain serangan berbakat mereka.

Courtois mempertahankan Ancelotti sebagai sudah melakukan tugasannya sebagai jurulatih: “Tiada masalah pada pengurus, kerana selebihnya terpulang kepada kami di atas padang.”

Courtois kemudian menegaskan bahawa fokus Real Madrid selepas ini adalah aksi liga, seterusnya aksi final Copa Del Rey sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk Piala Dunia Kelab.