Courtois Mahu Pemain Cuti 4 Bulan Macam NBA

Thibaut Courtois menjadi pemain terbaru yang mendesak agar La Liga dan UEFA memberikan cuti rehat lebih panjang kepada pemain bola sepak.

Sebelum ini pemain seperti Jules Kounde menyatakan bahawa pemain mungkin terpaksa mogok dan memboikot perlawanan jika jadual rehat mereka tidak diperbaiki.

Kounde berkata: “Setiap tahun kami ada lebih banyak perlawanan dan kurang rehat. Kami pemain sudah mengutarakan isu ini dalam 3-4 tahun kebelakangan ini. Namun tak ada orang kisah pun.

“Masanya akan tiba juga di mana kami akan mogok agar suara kami didengari, macam yang Rodri cakap.”

Courtois bersuara kali ini tentang perkara yang sama. Menyatakan bahawa pemain yang beraksi di pertandingan antarabangsa seperti Euro dan Copa America hanya berehat 3 minggu sahaja.

Courtois memberikan pandangan jika benar persatuan pemain di La Liga sedang sedia untuk mogok. Beliau berkata: “Pemain yang pergi ke Euro atau Copa America, mereka cuma rehat 3 minggu untuk cuti. Ini memang mustahil sebenarnya.”

Courtois membandingkan jadual La Liga dengan NBA. Dia berkata: “NBA pun ada jadual sangat padat. Tetapi mereka ada 4 bulan cuti,” kata pemain itu yang merasakan bahawa La Liga harus meniru cuti NBA.

Courtois tidak setuju dengan cadangan agar gaji pemain dikurangkan. Sebaliknya dia meminta jumlah perlawanan yang harus dikurangkan.

“Mengurangkan gaji pemain atau mengurangkan jumlah permainan? Sebenarnya kelab cukup banyak duit untuk bayar gaji pemain.”