Sebelum ini Thibaut Courtois menyindir Barcelona selepas kejayaan Real Madrid menjuarai Liga Juara Juara Eropah.
Di mana ketika itu Courtois memperlekehkan pemain pemain dan peminat Barca yang meraikan kemenangan 4-0 ke atas Madrid sebagai ‘keraian seperti menang liga’.
Courtois berkata: “Selepas el clasicom, ada orang meraikan kemenangan mereka seolah olah sudah memenangi liga.”
Courtois: "After winning El Clasico, some celebrated as if they had won the title, and now we are already La Liga CHAMPIONS "…😂🔥#LaLiga pic.twitter.com/On04Ng2Fkb
— Sajjad Lattef (@ImSajjadLattef) April 30, 2022
Selepas aksi antara Real Madrid dan Man City pada separuh akhir kedua Liga Juara Juara Eropah, Thibaut Courtois telah memperlekehkan / taunting Manchester City sebagai kelab yang sanggup berbelanja sangat besar demi kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.
Courtois berkata: “Kami menyingkirkan pasukan yang sangat besar dan membelanjakan wang yang sangat banyak dalam usaha mereka mahu memenangi UCL.”
“Laluan yang kami tempuhi, PSG, Chelsea dan Manchester City. Hari ini ianya lebih mengagumkan kerana ianya kebangkitan pada minit akhir.”
Real keeper Thibaut Courtois said: “We have eliminated very big teams who have spent a lot of money to try to win a Champions League.
“The path we have taken, PSG, Chelsea and Manchester City today is more impressive because it was in the final minutes.”#UCL #RMCF pic.twitter.com/Fmn2oUPXOO
— Abraham Adamson (@AdamsonAbraham) May 4, 2022
Sejak Pep Guardiola mengambil alih di City, pasukan tersebut merupakan pasukan kedua tertinggi dari segi defisit untuk perbelanjaan perpindahan pemain.
Di mana tertinggi adalah Manchester United dari segi perbelanjaan bersih walaupun berbelanja keluar kira kira EUR84 juta kurang berbanding City.
Kejuaraan UCL merupakan idaman utama pemilik kelab Sheikh Mansour. Di mana ianya menjadi satu satunya piala yang belum ada dalam kabinet Man City setakat ini.
Man City have the second biggest transfer deficit in world football since Pep Guardiola became manager. But yes dear, it was squad depth that cost them the #UCL final.
Side note, look at their city rivals Man United 😱 https://t.co/pXAJZkNzOn pic.twitter.com/oWIQv3PBsL
— Manuel Veth (@ManuelVeth) May 4, 2022
Misi pemburuan UCL akan diteruskan untuk 3 musim lagi oleh Guardiola. Di mana pengurus untuk sudah pun melanjutkan kontraknya 3 tahun lagi sebelum ini sehingga 2025.
Dalam tempoh itu Guardiola pastinya mahu memberikan kejuaraan UCL kepada Man City.
Fakta lain yang menarik, Guardiola harus membuktikan bahawa, tanpa Lionel Messi dalam pasukannya, dia masih mampu menjuarai UCL.
UCL: 2 Gol Rodrygo (Minit Ke-90 Dan 90+1) Dan Penalti Benzema Singkir Man City
Manchester City terus kempunan satu satunya kejuaraan yang masih tiada dalam kabinet mereka dalam sejarah kelab mereka. Walaupun sudah berbelanja besar pada era pemilikan Arab.
Manchester City musim lalu menjadi naib juara UCL, tewas di tangan Chelsea.
Guardiola meneruskan rekod gagal menjurai UCL bersama dengan pasukan yang tiada Lionel Messi walaupun sentiasa memiliki skuad serba bintang.
Ketika di Bayern Munich, Guardiola gagal untuk memenangi UCL. Seterusnya di City, juga masih belum mampu sehingga sertakat ini.
Magis Bernabeu
Hasrat City untuk membentuk final semua Inggeris pada musim ini tidak kesampaian. Di mana mereka disingkirkan oleh juara 13 kali Real Madrid di masa ekstra.
Manchester City sangat hampir ke final dalam perlawanan ini. Di mana mereka kelihatan mulai mengendurkan tempo mereka dengan pendahuluan agregat 2 gol.
Namun pendekatan itu membawa padah, apabila pada minit ke-90, Rodrygo merapatkan agregat kepada 4-5.
Sebelum pemain yang sama mengikat City secara agregat 6-6 pada masa kecederaan 90+1. Ya hanya seminit selepas gol pertamanya.
Manchester City terlebih dahulu di depan menerusi Riyad Mahrez pada minit ke-73 untuk menjadikan agregat 5-3.
Ianya jaringan ke-24 bintang dari Algeria itu musim ini dalam semua pertandingan. Prestasi terbaik beliau secara individu bersama dengan manchester City. Hanya Mohamed Salah menjadi pemain dari kelab EPL yang lebih banyak gol daripada Riyad Mahrez.
24 – Riyad Mahrez has now scored 24 goals in all competitions for Manchester City this season; only Mohamed Salah (30) has netted more for a Premier League team in 2021-22. Wand. pic.twitter.com/newuGcqLb5
— OptaJoe (@OptaJoe) May 4, 2022
Malangnya pasukan Pep Guardiola membenarkan Real Madrid bermaharajalela di kawasan pertahanan mereka pada babak babak akhir perlawanan.
Mereka mulai cuba mencipta peluang demi peluang untuk bangkit daripada situasi yang dianggap mustahil. Namun magis Bernabeu dalam UCL ternyata masih berbisa.
Bintang Brazil, Rodrygo mengikat The Citizens pada minit ke-90 dan ke 90+1.
HISTORIC.
🇧🇷 Rodrygo becomes the first player to score twice in the 90th minute of a Champions League knockout match ⚽️⚽️#UCL pic.twitter.com/cSrfAy9BSM
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 4, 2022
Pada masa ekstra, Real Madrid dihadiahkan sepakan penalti.
Ini selepas Ruben Dias menjatuhkan pemain antarabangsa Perancis itu di dalam kotak penalti.
Karim Benzema tiada masalah menyempurnakan penalti tersebut.
Gol ke-15 Karim Benzema dalam kempen UCL musim ini daripada 11 perlawanan. Dan gol ke-43 beliau secara keseluruhan musim ini.
43 goals in 43 official games with Real Madrid this season. 15 goals in 11 Champions League games this season. ⚪️⭐️ #UCL
Don Karim Benzema.
Incredible. pic.twitter.com/VJesnoJOUc
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 4, 2022
Selepas gol Benzema itu, Manchester City mendominasi perlawanan seperti biasa. Namun Real Madrid bertahan dengan baik sekali.
Courtois memastikan gawangnya tidak bocor lagi.
Tamat perlawanan Real Madrid mara ke final dan menempah pertemuan dengan Liverpool sekali lagi. Ulangan final 4 tahun yang lalu.
OFFICIAL: Liverpool will face Real Madrid in the 2021/22 Champions League final at the Stade de France on 28 May 2022.
The countdown begins. #UCL pic.twitter.com/Bq8nFdktu4
— Squawka News (@SquawkaNews) May 4, 2022
Real Madrid kini berpeluang besar menamatkan musim ini dengan kejuaraan La Liga yang sudah dalam tangan bersama dengan Liga Juara Juara Eropah.
Carlo sang pakar UCL
Para pemain Real Madrid girang meraikan kemaraan mereka ke final. Manchester City terus berduka sekali lagi.
Carlo Ancelotti seharusnya dianggap sebagai pakar final UCL.
Hal ini kerana, ini adalah final UCL kelima Carlo Ancelotti di dalam kariernya selepas mara ke final 3 kali bersama AC Milan pada 2003, 2005 dan 2007., Serta 2 kali bersama Real Madrid pada 2014 dan 2022.
Dua daripada 5 final Ancelotti adalah berdepan dengan Liverpool. Di mana dia kalah pada 2005 dan menang pada 2007.
5 – Carlo Ancelotti has reached his fifth UEFA Champions League final (2003, 2005 and 2007 with AC Milan, 2014 and 2022 with Real Madrid), the most of any manager in the competition's history. Grande. pic.twitter.com/61IciOWNFG
— OptaJoe (@OptaJoe) May 4, 2022
Real Madrid menewaskan Liverpool pada final 2008 selepas aksi ngeri oleh Lloris Karius pada ketika itu. Namun pada tahun berikutnya Liverpool berjaya menjuarai UCL mereka.
Pertemuan 2 kelab tradisi UCL
Pertemuan Real Madrid dan Liverpool adalah pertemuan dua kelab paling sukses di UCL di liga masing masing.
Real Madrid dengan 13 kejuaraan UCL, terbanyak di kalangan kelab Sepanyol. Manakala Liverpool sudah memiliki 6 UCL, terbanyak di kalangan kelab Inggeris.