Courtois Terkilan Cuma Tangga Ketujuh Dalam Ballon d’Or

Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois telah dianugerahkan Trofi Yashin untuk menghargai Penjaga Gol Terbaik dalam majlis Gala Ballon d’Or.

Prestasi cemerlang sepanjang musim 2021/22 membolehkan pemain itu menerima trofi tersebut selepas Alisson (2019) dan Gianluigi Donnarumma (2021).

Selepas menerima anugerah itu, Courtois berkata: “Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya di Real Madrid.”

“Menjai sebahagian daripada pasukan ini, tahun lalu adalah luar biasa terutama sekali bagi saya. Saya bangga dengan trofi ini dengan adanya penjaga penjaga gol luar biasa di dalam senarai.”

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga saya juga. Memang mudah ketika segalanya baik baik sahaja, namun apabila keadaan kurang baik, merekalah yang pertama akan membangunkan kamu semula.”

Walaupun gembira dengan kemenangan Trofi Yashin, Courtois sedikit terkilan kerana dia tidak dapat berada di podium atau 3 teratas dalam anugerah Ballon d’Or.

Di mana Karim Benzema menjadi pemenang, Sadio Mane dan De Bruyne melengkapkan senarai 3 teratas untuk berada di podium.

Iker Casillas tampil membidas perkara tersebut dengan menyatakan bahawa ianya satu perkara yang memalukan apabila Courtois tidak beraa di podium.

Casillas menulis tweet: “Saya tumpang gembira dengan kamu Thibaut Courtois!”

“Dengan jurang yang besar, menjadi penjaga gol terbaik di dunia. Namun apa yang saya kurang gembira adalah, dia tidak tersenarai dalam podium akhir Ballon d’Or.”

Courtois sendiri menyatakan nada kecewanya. Ini selepas dia memberikan aksi luar biasa sepanjang musim lalu terutama sekali dalam Liga Juara Juara Eropah. Di mana dalam aksi final dia menafikan beberapa percubaan bahaya daripada Sadio Mane dan Mohamed Salah dengan saves luar biasa.

Saves tersebut memastikan Real Madrid menjuarai Liga Juara Juara Eropah ke-14 mereka hasil gol tunggal Vinicius Jr.

Bercakap kepada wartawan, penjaga gol antarabangsa Belgium itu berkata: “Saya melihat Ballon d’Or adalah mustahil untuk dimenangi penjaga gol.”

“Namun selepas kamu memenangi La Liga, dan Liga Juara Juara Eropah, pasukan kamu berterima kasih kepada kamu kerana penyelamatan kamu memberikan pasukan piala… dan kamu hanya menamatkan senarai di tangga ke-7?”

“Nasib baiklah mereka ada buat trofi untuk penjaga gol terbaik,” kata Courtois.

Courtois kini fokus kepada aksi Piala Dunia berssama Belgium pada bulan hadapan. Di mana Belgium akan duduk dalam kumpulan F bersama sama dengan Croatia, Kanada dan Maghribi.

Sebagai tambahan, berikut adalah 10 teratas untuk Trofi Yashin:

10. Hugo Lloris (Tottenham)
9. Yassine Bounou (Sevilla)
8. Jan Oblak (Atletico Madrid)
7. Manuel Neuer (Bayern Munich)
6. Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt)
5. Mike Maignan (AC Milan)
4. Edouard Mendy (Chelsea)
3. Ederson (Manchester City)
2. Alisson (Liverpool)
1. Thibaut Courtois (Real Madrid)

Baca yang lain