Coutinho Beri Barca Tamparan Dengan Aksi 15 Minit Terakhir

Sejak berpindah ke Barcelona, Coutinho bergelut dengan kariernya. Ianya momen yang sangat sukar untuk beliau.

Datang ke Barca untuk memenuhi impiannya kerana Barcelona kelab impiannya sejak dari kecil.

Coutinho dan Barcelona melakukan apa sahaja untuk memastikan pemain itu keluar dari Liverpool.

Malah pada satu ketika Barcelona cuba melakukan tapping dan meminta maaf kepada Liverpool.

Kelab impian yang menjadi mimpi ngeri

Namun impian Coutinho ke Barca akhirnya ditunaikan. Anfield melepaskan beliau dengan nilai £140 juta.

Sebaik sahaja bersama Barca kariernya nampak baik baik sahaja pada awalnya. Namun selepas itu Coutinho berada dalam senarai untuk dijual.

Barcelona tidah menghargai bakatnya. Ernesto Valverde dan kemudian Quique Setien tidak mahu memberikannya lebih peluang untuk menyinar.

Mereka mulai panik untuk menjual Coutinho sebelum harga pasarannya menurun.

Dengan squad depth Barca yang semakin dimamah usia, hanya De Jong yang benar benar bakat segar, Coutinho masih gagal menjadi sebahagian daripada pasukan.

Akhirnya beliau berkarier sebagai pemain pinjaman di Bayern Munich.

Akibat tanda harga yang tinggi diminta Barcelona, maka Bayern memutuskan untuk tidak mengaktifkan klausa beli.

Walaupun statistik bersama Bayern agak bagus, namun mereka tidak sanggup untuk membayar klausa belian tetap lebih £100 juta.

Philippe Coutinho adalah tokoh paling gembira dalam pertarungan suku akhir Liga Juara-Juara yang membawa Barcelona menentang Bayern Munich.

Dia menyumbang dua gol untuk membantu menang 8-2 ke atas Pasukan Catalan di Estadio da Luz. Namun beliau tidak meraikan 2 golnya kerana adab seorang ‘anak’ kepada ‘parents club’ mereka.

Hans-Dieter Flick tidak menurunkan Philippe Coutinho sejak awal. Dia hanya meletakkan pemain Brazil itu dalam 75 minit ketika pasukannya sudah menang 5-2.

Tetapi lihatlah apa yang dilakukan oleh bekas pemain Liverpool itu selepas dia masuk dari bangku simpanan dalam kesempatan 15 minit terakhir permainan.

Coutinho memberikan bantuan untuk gol Robert Lewandowski pada minit ke-82 dan disusuli dengan menjaringkan dua gol untuk juara Jerman itu menang selesa 8-2.

Dalam perlawanan yang sangat menyedihkan dan memalukan untuk Lionel Messi dan Barcelona – mereka kalah segalanya kecuali penguasaan bola itupun hanya 51 peratus.

Blaugrana berhadapan dengan 13 on target daripada 26 percubaan ke arah gol daripada lawan dan lapan daripadanya masuk melepasi penjaga gol Jerman Marc-Andre ter Stegen.

Perlawanan ini dicanang sebagai perlawanan penentu siapa keeper no.1 Jerman. Namun statistik gol sangat kejam buat Ter Stegen.

Di hadapannya adalah barisan pertahanan yang penuh dengan kekalutan dan banyak melakukan kesilapan. Mujur Jordi Alba beberapa kali mengekang ancaman bahaya untuk mengelak pasukannya kalah lebih memalukan.

Gergasi La Liga hanya berjaya memperoleh lima percubaan tepat dengan satu gol dijaringkan oleh Luis Suarez pada minit ke-57, dengan satu lagi gol Barca datang daripada ‘derma’ oleh David Alaba pada minit ketujuh.

Quique Setine selepas tamat perlawanan akur dan mengakui lawan mereka terlalu unggul di segenap sudut, ruang dan dimensi.

Philippe Coutinho diketepikan dari pasukan Catalan yang dipinjamkan ke Bayern Munich. Namun sayang sekali beliau gagal mendapatkan kontrak tetap.

Presiden Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mengesahkan bahawa mereka tidak akan menjadikan Philippe Coutinho kekal. Mereka akan menghantar pulang pemain tengah Brazil itu ke Barcelona.

“Seperti yang kami katakan, perjanjian Coutinho sudah berakhir dan kami tidak dapat membuat perjanjian dengan nilai tersebut,” kata Rummenigge kepada BILD merujuk kepada harga lebih £100 juta diminta Barcelona selepas pinjaman yang memakan bayaran sekitar £8 juta serta membayar penuh gaji pemain itu.

Masa depan tak menentu

Harga jualan Coutinho masih tinggi. Kerana, dia masih dalam kontrak dengan Barcelona hingga Jun 2023. Namun Barcelona harus realistik. Kerana sekarang mereka meminta sekurang kurangnya mereka mendapat balik £140 juta yang mereka bayar kepada Liverpool.

Dan kini, keinginan untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris mulai berada dalam fikiran Philippe Coutinho.

Ejen beliau, Kia Joorabchian, menyatakan bahawa pemain itu mahu kembali ke England dan menghidupkan semula kariernya.

Kelab-kelab seperti Arsenal, Tottenham Hotspur dan Leicester City dilaporkan berminat untuk mendapatkan beliau.

“Dia gembira bermain di Liverpool sebelum ini, dan tidak sabar untuk kembali ke England untuk meningkatkan kariernya,” kata Joorabchian.

Namun seperti yang dikatakan oleh Coutinho sebelum ini, beliau mahu fokus kepada UCL terlebih dahulu sebelum memutuskan soal masa depannya,

“Coutinho, sekarang ini dia sangat fokus untuk mara ke peringkat berikutnya dalam Liga Juara-Juara Eropah,” kata Joorabchian kepada talkSPORT sebelum aksi berdepan Barca.

“Dia akan menghadapi perlawanan besar, kelab yang merupakan pemiliknya, menentang kelab yang sedang dia wakili sekarang. Jadi dia berada dalam situasi tidak menentu sekarang,” jelas Kia Joorabchian.

“Dia akan menghadapi Barcelona, ​​dia sudah tak sabar. Dia dapat melihat peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Saya fikir Bayern mempunyai pasukan yang berpotensi untuk menunaikan hasratnya,” jelas ejen itu.

Aksi cemerlang Coutinho menentang Barca benar benar membuatkan peminat Barcelona menganggap ianya selayaknya mereka dapat setelah apa yang pengurusan mereka lakukan kepadanya.

Dengan polisi perpindahan Barca musim hadapan akan diperketat kerana isu impak kewangan. Adakah Barca mungkin akan mengekalkan Coutinho dan memberikannya peluang?

Namun buat masa ini, Barca lebih berminat untuk mendapatkan wang daripada penjualannya.

Saksikan aksi cemerlang beliau di sini:

Baca yang lain