Philippe Coutinho boleh dimaafkan kerana beliau sedar kesalahan beliau sebelum ini.
Beliau sentiasa berfikir apa yang silap apabila dia melihat kembali perpindahannya dari Liverpool ke Barcelona, tetapi pemain midfielder itu hanya mahu terus melangkah kehadapan.
Pasukan yang menjuarai Liga Sepanyol iaitu Barcelona, telah menandatangani Coutinho pada jendela perpindahan musim panas tahun 2017.
Coutinho ketika itu adalah pemain paling digemari peminat di Liverpool. Beliau adalah tunjang utama pasukan pada ketika itu dan Liverpool jelas tidak mahu kehilangan Khidmat pemain Antarabangsa Brazil itu.
Philippe Coutinho has been linked with a return to Liverpool.
Would you take him back at Anfield? 🤔
Vote in our poll ⬇️https://t.co/Wt1L6kmg1A pic.twitter.com/azVHloJjeP
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 10, 2020
Namun kerana Coutinho sendiri tidak berminat untuk meneruskan kariernya di Liverpool maka beliau telah dilepaskan ke Barcelona dengan yuran perpindahan £105 juta pada bulan Januari.
Sejak pemergian pemain yang dianggap penting dan tunjang utama pasukan itu.
Skuad dibawah kendalian Jurgen Klopp ini telah menjadi juara Champions League, Juara Super Cup, Juara Club World Cup dan bakal menjuarai Liga Perdana.
Sementara itu Coutinho sedang bergelut dengan prestasi semasanya dan beliau sedang bermain di Bayern Munich.
Sejak menyertai Barca beliau tidak pernah berjaya menunjukkan aksi terbaiknya untuk skuad itu.
Dan kerana itulah Barca melepaskan beliau dan dipinjamkan ke Bayern Munich.
Pemain berusia 27 tahun itu bagaimanapun tidak menyesal meninggalkan Liverpool dan berhijrah ke Barcelona ketika itu.
Coutinho on leaving Liverpool
“Obviously it was a big mistake. I think everyone can see that. I’ve missed out on a Champions League medal and now also the Premier League. It’s disappointing for me but I will learn from it and you never know what can happen in the future” 👀 pic.twitter.com/5WLllDaXDW
— 𝚃𝚃 (@TheGerrardRoIe) February 11, 2020
“Saya tidak mahu melihat ke belakang, saya ada cara saya sendiri dan sekarang saya berada dalam perjalanan yang berbeza.sama seperti pemain lain,”
Kata pemain tengah Brazil itu dalam keadaan sugul kepada Wartawan.
“Saya akan fokus sepenuhnya, sama seperti mereka untuk mencapai impian saya. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan pada masa lalu, dan sekarang saya hanya boleh melihat ke hadapan.”
Mengenai kejayaan Liverpool saat ini bekas pemain midfield Inter Milan itu menambah,
“Liverpool berada di kemuncak, dan ia tidak mengejutkan saya”.
#OnThisDay seven years ago, Philippe Coutinho made his debut for Liverpool 🇧🇷
Let’s re-watch all the absolute belters he scored for the Reds, and also be thankful for the massive transfer fee Barcelona stumped up that paid for Alisson and Van Dijk 🙌
— Liverpool.com (@Liverpoolcom_) February 11, 2020
“Kami telah melihatnya tahun lalu ketika mereka memenangi Liga Juara-Juara, tetapi saya juga tidak terkejut kerana skuad dan pengurus mereka sememangnya hebat”.
“Saya sangat gembira kerana saya mempunyai banyak rakan di sana, bekas rakan sepasukan, jadi saya sangat gembira untuk mereka, tetapi cukup untuk itu sahaja.”
Sejak meninggalkan Liga Perdana Inggeris, Coutinho telah memenangi dua gelaran La Liga bersama Barca, Namun impiannya untuk memenangi Champions League masih belum tercapai.
Selepas Coutinho pergi meninggalkan Liverpool. Skuad The Reds itu berjaya sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada musim itu. Sementara beliau sendiri tidak dapat bermain untuk pasukan barunya pada ketika itu.
Dan setahun kemudian Liverpool sekali lagi layak ke perlawanan akhir dan seterusnya menjadi Juara.
🏴 Premier League leaders Liverpool are currently 3⃣2⃣ points clear of fourth place Chelsea
🇩🇪 In comparison, Bayern who are top of the Bundesliga, are only 2⃣7⃣ points clear of bottom side Paderborn #EPL | #Bundesliga | #LFC pic.twitter.com/AccFfSToqJ
— 32Red (@32Red) February 12, 2020
Kini pasukan Klopp berada di ambang juara liga pertama mereka sejak 30 tahun lalu. Walaupon Coutinho bakal menambah satu lagi kejuaraan liga musim ini bersama Bayern ia tidak semanis seperti apa yang beliau harapkan.
Musim ini Coutinho telah dipinjamkan ke Bayern Munich. Dan pasukan gergasi Jerman itu mempunyai pilihan untuk membeli terus beliau.
Namun kelihatannya mungkin dia akan kembali ke Nou Camp pada akhir kempen ini.
Bekas pemain Espanyol Itu iaru saja bermain 12 perlawanan dalam liga musim ini, walaupun ia memiliki enam gol dan enam assist, namun Bayern dipercayai lebih berminat untuk mendapatkan Kai Havertz pada musim panas nanti.
Barca sanggup menjual beliau dengan harga £ 77 juta pada musim panas nanti dan berharap dapat menarik minat mana-mana pasukan yang mahukan Coutinho.
Philippe Coutinho will be allowed to leave Barcelona in the summer for £77m with Man Utd and Liverpool reportedly interested in him.
(📝 The Express) pic.twitter.com/hccpoGlTJx
— Jollof Sports (@JollofSports) February 9, 2020
Menurut Coutinho pula beliau sudah bertekad untuk terus melangkah kedepan dan menerima apa saja senario bakal berlaku.
Beliau juga yakin Liverpool pasti tidak akan mendapatkannya kembali.