COVID-19: 5 Kematian Kerana Kluster Dari Itali, KKM Mahu Semua Transparen

Kementerian Kesihatan mengesan ada kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak. Ianya berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, yang setakat ini telah mengakibatkan 5 kematian.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman KKM menyatakan:

“Terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali (kes 1,580).”

Setakat ini, 37 orang disahkan positif daripada kluster itu termasuk 5 kematian (kes 1031, 1032, 1006, 2850 dan 2210) serta satu kes kritikal yg memerlukan bantuan pernafasan.”

“Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga di Kuching, Sarawak.”

“Setakat 5 April (12pm), 180 negara telah terjejas akibat COVID-19 dan sememangnya ada risiko kes import menular di negara ini.”

“Justeru, amat penting masyarakat JUJUR beri maklumat jika:

1. Mempunyai kontak rapat dgn kes positif COVID-19.
2. Sejarah perjalanan ke luar negara atau
3. Kehadiran ke perhimpunan yang telah diumumkan KKM sebagai berkait rapat dgn penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.”

Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dilaporkan telah menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini.

Beliau menyatakan perkara itu dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

Noor Hisham berkata: “Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 180 negara di seluruh dunia yang terjejas akibat jangkitan COVID-19.”

“Justeru, sememangnya wujud risiko bagi kes-kes COVID-19 luar negara diimport dan mengakibatkan penularan di dalam negara.”

“Selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang disediakan.”

“Di pintu masuk negara, mereka akan menjalani saringan kesihatan bagi mengesan demam dan gejala COVID-19, manakala ujian pengesanan akan dijalankan serta mereka dipantau selama 14 hari di stesen kuarantin,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya hari ini [semalam].”

Oleh itu Dr Noor Hisham menggesa agar semua pihak berlaku jujur sekiranya ada sejarah kontak rapat dekat mereka yang ada covid-19.

Seterusnya beliau tidak mahu ada orang yang cuba menyembunyikan maklumat tentang rekod perjalanan ke luar negara ataupun terlibat dalam perhimpunan yang berkait rapat dengan jangkitan Covid-19.

“Sekiranya ada yang bergejala semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa atau ketika berada di stesen kuarantin, mereka akan dihantar ke hospital yang dikenal pasti untuk pemeriksaan dan rawatan.”

“Mereka yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian pengesanan sampel yang dijalankan, akan dirujuk ke hospital dikenalpasti untuk tujuan pengasingan, pemeriksaan, rawatan dan pemantauan.”

“Ini adalah untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19 kepada masyarakat dan seterusnya membendung wabak COVID-19 di Malaysia.”

Semalam, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat pertambahan kes kematian berkaitan wabak covid-19.

Kes kematian ke-58 (kes ke-2,210) ialah lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi, selain sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-1,031.

“Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 1.37 tengah hari,” tambah Noor Hisham lagi.

“Kes kematian ke-59 (kes ke-3,484) membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 3.40 petang.”

“Kes kematian ke-60 (kes ke-3,073) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 12.39 tengah hari tadi.”

“Kes kematian ke-61 (kes ke-2,200) pula ialah lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi serta penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 9.36 malam.”

Rujukan: KKM / BH Online

Baca yang lain