Covid-19: Ini Pesanan Mat Yo, Farizal Marlias, Danial Amier Kepada Korang

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan pesanan khidmat masyarakat kepada para peminat bola sepak tanah air dan seluruh warganegara Malaysia.

Pesanan khidmat masyarakat itu dimuat naik menerusi media sosial milik FAM.

Terbaru, dalam video ringkas tersebut, dua pemain senior kebangsaan iaitu Farizal Marlias dan Norshahrul Idlan Talaha memberikan pesanan kepada semua peminat bola sepak.

Farizal Marlias berharap agar rakyat Malaysia terus bersabar dan terus berdoa. Beliau juga berharap agar semua rakyat Malaysia untuk terus duduk sahaja di dalam rumah untuk membendung penularan Covid-19.

Norshahrul Idlan Talaha pula ketika ini berada di Thailand. Dan beliau menyatakan sedang melalui kuarantin 14 hari yang akan berakhir.

Norshahrul Idlan Talaha ataupun Mat Yo kini berada di Thailand. Beliau bermain untuk kelab yang berpangkalan di Bangkok iaitu BG Pathum United.

Norshahrul menyeru agar semua rakyat Malaysia patuh dengan arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh musim wabak ini.

Beliau juga menegaskan, kita yang berada di Malaysia pada ketika ini patut bersyukur. Mat Yo juga berharap agar kesemua rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik.

Danial Amier Norhisham pula menyeru agar setiap rakyat Malaysia memainkan peranan masing masing dalam usaha kita membendung wabak COVID-19.

Korang boleh dengar pesanan mereka di sini:

Selain daripada tiga figura tersebut, beberapa lagi pemain lain dan termasuk ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut memberikan sedikit pesanan.

Tan Cheng Hoe juga berharap agar semua rakyat Malaysia akan kekal berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Beliau juga turut meminta agar kesemua rakyat Malaysia mendoakan terbaik agar Malaysia dapat keluar daripada dibelenggu wabak COVID-19.

Covid-19 terus mencatatkan peningkatan di Malaysia pada ketika ini.

Langkah proaktif perlu diambil semua pihak bagi memastikan Wahab ini dapat dibendung.

Jadi, harap kita semua terus mematuhi perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan ini. Jangan keluar melepak sesuka hati di luar.

Jarakkan diri dengan orang lain dan elakkan pergi ke tempat yang ramai orang ataupun perhimpunan.

Covid-19 telah memberikan impak yang besar kepada Malaysia dan dunia pada ketika ini.

Virus yang bermula di Wuhan, China ini telah mengorbankan lebih 10,000 nyawa setakat ini dan sudah lebih 250,000 kes dilaporkan di seluruh dunia.

Satu langkah yang positif daripada FAM memberikan kesedaran dan juga pesanan khidmat masyarakat kepada peminat bola sepak dan juga rakyat Malaysia.

Kita semua tahu, bola sepak adalah sukan nombor satu di Malaysia. Para pemain dan juga jurulatih bola sepak ramai yang dikenali.

Semoga Malaysia akan dapat keluar daripada wabak COVID-19.

Baca yang lain