COVID-19: KKM Sahkan 2 Kematian Pertama Di Malaysia

Hari yang dukacita buat rakyat Malaysia. Ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan dua kematian dicatatkan pada hari ini kerana COVID-19 / koronavirus.

Ia juga merupakan dua kematian yang pertama dicatatkan di Malaysia kerana koronavirus.

KKM dalam kenyataan mereka berkata:

Malaysia mencatat dua kematian akibat penularan jangkitan #COVID19.

Kedua-duanya lelaki warga tempatan.

Diharapkan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak jangkitan terus merebak dan membahayakan lebih banyak nyawa.

Untuk kes ke-178 yang membawa kepada kematian pertama, mangsa merupakan lelaki berusia 34 tahun. Dan pernah menyertai jemaah tabligh di Sri Petaling.

Mulai mengalami simptom demam sejak 5 Mac lalu. Dan meninggal dunia pada 17 Mac 2020, di Hospital Permai, Johor.

Satu lagi kes kematian adalah dicatatkan di Sarawak, dalam kes ke-358. Di mana pesakit berusia 60 tahun, ada sejarah sakit kronik.

Mengalami gejala demam pada 7 Mac, dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada 17 Mac 2020.

KKM turut mengesahkan 7 kes telah pulih dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah kes pulih adalah 49 kes.

Terdapat 120 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes sebanyak 673.

Covid-19 semakin menular di dunia. Wabak yang bermula di Wuhan China itu telah mengorbankan lebih 7,182 nyawa di seluruh dunia setakat ini.

Dan sudah 185, 378 kes dicatatkan setakat 7:06 pm – 17 Mac 2020.

Ambil langkah langkah pencegahan dan ikuti arahan pihak berkuasa untuk mengawal penularan wabak ini.

Takziah kepada kaum keluarga si mati. Dan bersama sama kita doakan agar saintis dan pakar menemui vaksin wabak ini.

Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan orang awam bermula 12 tengah malam ini.

Ianya salah satu langkah dari kerajaan untuk meratakan graf Covid-19. Pada masa yang sama, cuba mengurangkan mobiliti di kalangan kita semua supaya virus ini tidak mudah merebak.