Banyak perniagaan yang bungkus oleh wabak koronavirus, yang menyebabkan berjuta-juta orang di seluruh dunia dalam lockdown, tak dapat keluar bekerja, dan sebagainya.
Namun ada beberapa bisnes yang mendapat manfaat daripada lockdown. Antaranya ialah syarikat pengeluar aplikasi persidangan video Zoom.
Baru baru ini, Zoom mengeluarkan telah laporan pendapatannya untuk suku tahun yang berakhir pada 30 April, dan hasilnya luar biasa.
Walaupun Zoom berhadapan dengan banyak kecaman dari segi kelemahannya, tetapi ia tetap menjadi aplikasi yang paling padu ketika lockdown.
Ia adalah aplikasi perhubungan video nombor satu mengatasi pesaingnya yang lain.
Zoom untung besar
Pendapatan mereka pada suku pertama adalah $328.2 juta bersamaan RM1.4 billion, meningkat 169% dari tahun sebelumnya, dan pendapatan bersih mereka dalam 3 bulan terakhir adalah $27 juta, peningkatan besar dari hanya $200 ribu ataupun RM853,000 sahaja setahun yang lalu.
Metrik pelanggan juga sangat positif, dengan kira-kira 265,400 pelanggan, meningkat sekitar 354% dari tahun sebelum ini.
Zoom menyatakan polisi kerahsian dan tidak berkongsi jumlah pengguna keseluruhannya. Namun pada bulan April Zoom menyatakan ia mempunyai 300 juta pengguna setiap hari dan kemudian membetulkannya dengan mengatakan bahawa sebenarnya “300 juta peserta mesyuarat setiap hari,” bukan pengguna.
Tetapi dari segi pendapatan, pelanggan yang membayar adalah yang penting, dan nampaknya Zoom menunjukkan prestasi yang baik pada ketika ini.
Zoom meramalkan durian runtuhnya akan berterusan, dengan anggaran pendapatan sekitar $495 sehingga $500 juta pada suku berikutnya, dan jumlah pendapatan $1.775 hingga $1.8 bilion untuk tahun fiskal.
Jika ini berlaku, Zoom akan menjadi gergasi baharu dalam dunia digital.
Remote work helps Zoom grow 169% in one year, posting $328.2M Q1 revenue https://t.co/B0dZMKyUoh by @alex
— TechCrunch (@TechCrunch) June 2, 2020
Pada awal wabak koronavirus, Zoom memantapkan dirinya sebagai pemimpin dalam industri konferens video atas talian dengan menawarkan versi produk percuma yang menarik.
Dan dalam banyak hal, lebih baik daripada pesaingnya, yang merangkumi syarikat besar seperti Microsoft dan Google.
Selain itu ramai pelanggan percaya dengan polisi kerahsiaan Zoom walaupun Facebook sebelum ini telah memberika amaran bahawa zoom adalah tidak selamat. Ia membuatkan beberapa syarikat mulai berhenti menggunakan Zoom.
Namun semakin ramai pengguna baharu yang mendaftar menggunakan perkhidmatan mereka.
Seterusnya banyak organisasi dan public figure yang menggunakan Zoom telah memberikan publisiti yang sangat baik kepada mereka.
Misalnya, kelab kelab di EPL yang selalu memuat naik video mereka berinteraksi menggunakan Zoom.
Selain itu, ramai artis menggunakan Zoom untuk bergandingan membuat persembahan di atas talian ketika wabak melanda.
Seterusnya banyak agensi kerajaan dam institusi menggunakan aplikasi ini. Ianya termasuk para cikgu atau pensyarah yang mengadakan kelas atas talian.
Zoom juga mendapat manfaat di mana semakin ramai yang mengenali teknologi video konferens secara atas talian, yang akan memberikan mereka manfaat jangka panjang.
PERHATIAN!
Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.
Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:
Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah