COVID-19: Perancis Jadi Negara Ke-5 Catat Kematian 1,000 Orang Dan Idea Trumph Terus Ditolak

Perancis menjadi negara ke-5 mencatat angka kematian 1,000 orang akibat dijangkiti COVID-19. Buat masa ini, Pihak pemerintah Perancis yang sedang mengunci negaranya bagi tempoh 15 hari. Ia mungkin akan dilanjutkan sekurang-kurangnya 6 minggu lagi.

Menteri kesihatan, Olivier Veran memberitahu beliau tidak dapat menentukan tempoh sebenar bilakah ‘lockdown’ itu akan ditamatkan.

Veran juga berkata Perancis akan mengarahkan cadangan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia supaya memperbanyakkan ujian coronavirus kepada rakyatnya.

Ketua agensi kesihatan, Jerome Salomon berkata Perancis bakal mempunyai keupayaan dan meningkatkan 10 ribu ujian sehari.

Salomon juga melaporkan 240 kematian baru pada hari Selasa, menjadikan angka keseluruhan berjumlah 1,100 kematian.

Ia peningkatan 28% dan menjadikan Perancis negara ke-5 mencapai angka 1,000 kematian selepas Itali, China, Iran dan Sepanyol.

Angka itu hanya melibatkan kematian yang direkodkan di hospital. Terdapat beberapa rumah orang tua disana mencatatkan angka kematian yang berganda dari jumlah sebenar.

Selepas Itali dan Sepanyol, Perancis pula merekodkan angka 1,000 kematian

Bagaimanapun Solomon berkata pihak berkuasa akan menghantar data dari rumah orang tua. Angka kematian akan mengalami peningkatan secara drastik.

Beliau berkata jumlah jangkitan di Perancis meningkat kepada 22,300 orang, naik 12% dalam tempoh 24 jam.

Solomon menanmbah terdapat 2,516 pesakit berada dalam keadaan seriusyang memerlukan bantuan alat sokongan untuk terus hidup. Jumlah itu meningkat kepada 21% sejak Isnin lepas dan 8 ribu katil kini dilengkapi dengan Ventilator.

Sementara itu di bandar New York, Amerika Syarikat yang mempunyai jumlah penduduk 8 juta orang mencacat 157 kematian dan 15,00 kes COVID-19.

Ia menjadikan 1/3 kes di Amerika berlaku di bandar tersebut.

Gabenor New York berkata beliau tidak akan memperjudikan nyawa manusia untuk membuka kembali ekonomi di bandarnya dengan membenarkan perniagaan dijalankan seperti biasa.

“Sekiranya anda meminta rakyat Amerika memilih antara kesihatan awam dan ekonomi, maka itu bukan persaingan (pilihan). Tidak ada orang Amerika yang akan mempercepatkan ekonomi dengan kos nyawa manusia,”

Kenyataan Andrew Cuomo memberi mesej penolakan kepada Presiden Donald Trump yang mendesak membuka semula ekonomi Amerika Syarikat pada pertengahan April ini dengan mengatakan ‘lockdowns’ harus lebih disasarkan kepada perniagaan tertentu sahaja.

Idea Donald Trump yang ingin membuka kembali perniagaan-perniagaan di Amerika Syarikat tidak menyamai apa yang difikirkan oleh Gabenor bandar

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata -selasa- Amerika Syarikat akan berpotensi menjadi ‘pusat’ seterusnya pandemik COVID-19 jika Trumph membuka kembali ekonomi negaranya.

Menurut Cuomo lagi, sebanyak 140 ribu katil hospital digunakan untuk merawat pesakit yang mendapat virus itu, berbanding hanya 110 katil sebelum ini.

Hanya tinggal baki 53 ribu katil lagi.

CoVID-19 yang berlaku di Wuhan, China pada hujung tahun lepas ini telah menjangkiti hampir 50 ribu orang dan membunuh 640 di Amerika Syarikat. 1/4 dari jumlah itu dicatatkan di New york.