COVID-19: Pilihan Bagi Rakyat Miskin Di India, Antara Keselamatan Awam Atau Kelaparan

Semalam India telah menjalankan perintah lockdown bagi mengekang penyebaran COVID-19. Rakyat mereka telah diberitahu supaya kekal berada dirumah, tetapi bagi pekerja dengan gaji harian ia bukanlah satu berita yang baik.

India mula mengunci pergerakan rakyatnya bermula semalam sehingga 31 Mac

Vikas Pandey -BBC’s- telah mencari jawapan dari kumpulan pekerja ini selepas pengumuman dilakukan.

Syarikat Chowk pada kebiasaannya akan membawa beratus-ratus perkerja buruh dari kawasan Noida dan memberi kerja kepada mereka.

Di persimpangan jalan kecil pinggir bandar Delhi merupakan tempat syarikat pembinaan datang mencari pekerja dan mengupah mereka.

Segala-galanya seperti biasa sebelum pengumuman itu belum dilakukan. Sesuatu yang tidak boleh dibayangkan akan terdapat satu hari hanya suara burung kederangan tanpa manusia di kawasan yang sebelum ini sibuk.

Ia betul-betul akan terjadi.

Namun masih terdapat sekumpulan lelaki yang berkumpul di satu sudut. Pandey berhenti dan bertanya kepada mereka, adakah mereka menuruti perintah lockdown yang sedang dijalankan.

Ramesh Kumar yang berasal dari Uttar Pradesh menjawab beliau tahu tentang itu. Beliau juga tahu tidak akan ada orang akan mencari khidmatnya dalam tempoh lockdown tersebut, namun masih percaya mungkin mempunyai peluang.

Ramesh hanya mendapat upah sekitar 600 rupee (USD8) setiap hari dan beliau mempunyai 5 orang dirumah menanti makanan. Jika keadaan berterusan keluarganya akan putus bekalan makanan dalam tempoh beberapa hari.

Ramesh sedar tentang risiko COVID-19 tetapi beliau tidak sanggup melihat anak-anaknya kelaparan.

Terdapat berjuta-juta orang yang berpendapatan rendah dan bergaji harian dalam keadaan yang sama seperti Ramesh.

Berjuta-juta pekerja buruh harian India akan terkesan dengan langkah penguncian pergerakan akibat COVID-19

Pengumunan dari Perdana Menteri, Narendra Modi pada petang Selasa lepas memberi makna mereka akan kehilangan pendapatan bagi tempoh 3 minggu. Mungkin akan kehabisan makanan selepas hanya beberapa hari.

India telah melaporkan 500 kes dan telah mengorbankan 10 nyawa akibat COVID-19.

Beberapa kerajaan negeri, Uttar Pradesh di utara, Kerala di Selatan dan Ibukota Delhi telah menjanjikan bantuan kewangan kepada pekerja seperti Ramesh.

Perdana Menteri tersebut juga telah berjanji untuk membantu para pekerja harian yang terjejas akibat
langkah itu namun terdapat cabaran logistik.

Sekurang-kurangnya 90% tenaga kerja di India bekerja di sektor yang tidak formal. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan, pencuci bangunan, penarik beca, peniaga jalanan, pengumpul sampah dan pekerja am.

Kebanyakannya tidak mempunyai pencen, cuti sakit, cuti berbayar dan apa-apa jenis kebajikan. Ramai
diantaranya tidak mempunyai akaun bank dan hanya bergantung kepada wang tunai yang diperolehi secara harian.

Secara teknikalnya pekerja buruh ini bukan berasal dari kawasan tersebut. Mereka berasal dari negeri
berbeza yang berhijrah bagi mencari pekerjaan. Mereka akan sentiasa bergerak dari satu tempat
ke satu tempat bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ia dikenali sebagai populasi terapung atau populasi yang tidak tulen.

Bekas menteri Uttar Pradesh, Akhilesh Yadav mengakui cabaran besar ini dan sedar apa yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi oleh kerajaan sebelum ini.

Kerajaan perlu bertindak lebih pantas kerana keadaan berubah setiap hari.

Kita perlu pastikan dapur komuniti besar ini terus aktif dan menghantar makanan kepada yang memerlukan.

Kita perlu memberi wang, beras dan gandum tanpa mengira dari negeri mana mereka datang.

Yadav amat risau tentang Uttar Pradesh, negeri yang mempunyai 220 juta penduduk. Mereka terpaksa menghentikan orang dari terus bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Tetapi dalam masa yang sama perlu memastikan orang ramai terus mendapat makanan. Ramai yang bergegas pulang ke kampung halaman selepas krisis ini melanda.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath berkata terdapat sekumpulan pekerja telah tiba dari dari negeri lain dan mereka perlukan bantuan dari pihak pemerintah.

Keretapi di India kini telah menggantung semua perkhidmatannya sehingga 31 Mac. Tetapi beberapa hari sebelum perkhidmatan itu digantung, beratus-ratus ribu perkerja migran yang mengembara menggunakan perkhidmatan ini.

Mereka bergerak dari bandar Delhi, Mumbai dan Ahmedabad ke kampung halaman mereka di Uttar Pradesh dan Bihar.

Masa tidak panik pun perkhidmatan keretapi India sentiasa padat apatah lagi masa panik

Situasi ini mampu meningkatkan risiko penyebaran COVID-19 dan para pakar bimbang 2 minggu akan datang menjadi perkara paling mencabar bagi India.

Walau bagaimanapun tidak semua orang dapat pulang ke kampung halaman mereka.

Krishan Lal yang bekerja sebagai penarik beca di Allahabad berkata beliau tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung pada 4 hari lepas.

Saya perlu memberi makan kepada keluarga saya, saya telah mendengar bahawa kerajaan akan memberi kira wang tetapi tidak tahu bila dan bagaimana.

Rakannya, Ali Hasan yang bekerja sebagai pencuci di sebuah kedai berkata beliau sudah kehabisan wang untuk membeli makanan.

Kedai itu sudah ditutup sejak 2 hari lalu dan gaji saya belum dibayar, saya tidak tahu bila ia akan dibuka, saya sangat risau.

Saya mempunyai keluarga dan bagaimana saya akan memberi mereka makan.

Jutaan orang di India juga mencari wang sebagai peniaga jalanan. Kumpulan orang yang berniaga secara kecil-kecilan.

Mohammed Sabir yang mengendalikan sebuah gerai kecil, menjual minuman di Delhi berkata beliau mengupah 2 orang pekerja bagi membantu perniagaannya.

Saya tidak dapat membayar mereka, saya tidak mempunyai wang. Keluarga saya kini hanya menerima wang dari hasil ladang di kampung tetapi tanaman mereka rosak pada tahun ini akibat hujan lebat.

Saya berasa tidak berdaya, saya rasa kelaparan boleh membunuh ramai orang sebelum COVID-19

Semua pusat pelancongan di negara ini telah ditutup, kawasan yang mungkin memberi kesan kepada yang bergantung dalam sektor pelancongan.

Tejpal Kashyap yang bekerja sebagai jurugambar di pintu masuk ikonik Delhi mengatakan beliau tidak pernah melihat penurunan mendadak dalam perniagaan ini.

Dua minggu lalu sangat buruk, tiada pelancong walaupun belum ada perintah ‘Lockdown’.

Sekarang saya tidak dapat pulang ke kampung dan saya tiada pekerjaan. Saya terperangkap di Delhi dan bimbang tentang keluarga saya di kampung.

Pemandu perkhidmatan seperti Uber juga menderita.

Joginder Chaudhary yang memandu teksi untuk pekerja sayarikat penerbangan di Delhi mengatakan kerajaan perlu memberi bantuan kepada orang sepertinya.

Saya faham tentang keperluan ‘Lockdown’ itu. COVID-19 sangat berbahaya dan kita perlu melindungi diri kita.

Tetapi perlu mencari jalan bagaimana saya akan menyara keluarga saya jika ‘lockdown’ itu berterusan selama beberapa minggu.

Seorang tukang kasut yang tidak mahu mendedahkan namanya berkata beliau telah menggilap kasut orang di stesen keretapi di bandar Allahabad selama bertahun-tahun tetapi tiada pelanggan sekarang.

Beliau tidak tahu kenapa orang telah berhenti mendapatkan perkhidmatannya.

Saya tidak tahu apa yang berlaku sekarang. Tidak ramai yang datang ke stesyen keretapi ini sekarang.

Vinod Prajapati, yang menjual air botol di kawasan yang sama, menyampuk dalam perbualan.

Saya tahu segala-galanya mengenai COVID-19, sangat berbahaya, seluruh dunia sedang berjuang.

Kebanyakan orang yang mampu dan mempunyai tempat untuk tinggal di dalam rumah, tetapi untuk orang seperti kami, pilihan hanya ada antara keselamatan dan kelaparan.

Sumber: https://www.bbc.com/news/world-asia-india-52002734

Baca yang lain