COVID-19: Sepanyol Catat 812 Kematian Sehari Dan Atasi China

Sepanyol kini menjadi negara ketiga selepas Itali dan Amerika Syarikat mengatasi China untuk angka kematian kerana koronavirus.

Sky News melaporkan bahawa, pada Ahad, Sepanyol mencatatkan 812 kematian sehari, menjadikan total kematian kerana koronavirus adalah 7,340 orang.

Jumlah kes meningkat sebanyak 6,398 kepada 85,195 kes secara keseluruhannya.

Sepanyol turut mencatatkan jumlah kes lebih banyak dari China. Ini bermakna mereka juga negara ketiga mencatatkan kes lebih banyak daripada China selepas Itali dan Amerika Syarikat.

Sepanyol berduka

Pada awal pagi Isnin, kota Madrid di Sepanyol berkabung dan memberikan penghormatan kepada mereka yang tewas di tangan koronavirus.

Bunyi adagio kedengaran di dataran Puerta del Sol.

Pada Isnin, angka kematian terus bertambah, namun tidaklah sebanyak pada Ahad yang menyaksikan 838 nyawa pergi meninggalkan meeka buat selama-lamanya.

Itu adalah rekod kematian paling tinggi dicatatkan oleh Sepanyol dalam masa sehari kerana wabak koronavirus setakat ini.

Kerajaan Sepanyol mengarahkan semua bandar mengibarkan bendera separuh tiang dan bertafakur untuk seminit bagi memberikan penghormatan terakhir kepada rakyat mereka yang meninggal dunia.

Sepanyol memiliki rakyat sebanyak 47 juta orang berbanding dengan China yang berpopulasi 1.14 billion.

Namun seperti Itali, Sepanyol juga bergelut dengan sistem kesihatan mereka untuk berhadapan dengan pandemik.

Mereka juga berhadapan dengan kekurangan hospital yang kritikal. Beberapa hotel telah ditukar menjadi hospital sementara.

Pada Isnin, Ketua Darurat Kesihatan Sepanyol Fernando Simon, disahkan positif covid-19.

Dan beliau merupakan orang yang kerap melakukan kontak dengan Perdana Menteri, Pedro Sanchez.

Simon digantika oleh Maria Jose Sierra, untuk sementara waktu.

Sepanyol agak buntu. Ini apabila selepas lockdown, angka kes koronavirus mereka menjadi lebih buruk.

Kes terbaru selepas lockdown 14 Mac meningkat 12% sehari.

Sebagai rekod, Sepanyol dan jiran mereka, Itali mencatatkan angka kematian terkumpul lebih daripaa separuh kematian yang dicatatkan di dunia.

Semoga dunia akan segera keluar daripada belenggu wabak koronavirus ini. Ngeri betul sekarang ni.