Covid-19: Stesen Radio Di Eropah Bersolidariti Mainkan You’ll Never Walk Alone

Stesen radio di seluruh Eropah hari ini bersolidariti untuk memainkan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ ketika negara-negara Eropah sedang bertarung dengan penularan wabak koronavirus.

Pandemik global yang dikenali dengan nama rasminya Covid-19 itu telah mengorbankan lebih 10,000 nyawa setakat ini.

Itali antara negara Eropah yang teruk terkesan dengan kes Covid-19 ini.

Lantas, beberapa stesen radio di eropah telah memainkan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ nyanyian oleh Gerry & The Pacemakers pada 1963.

Lagu klasik yang turut menjadi anthem kepada pasukan Liverpool FC.

Radio-radio ini memainkan lagu tersebut serentak pada 7.45 pagi tadi termasuk BBC Radio.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1240962846986506241

Ramai pendengar tersentuh hati mendengar lagu tersebut dimainkan. Lagu yang menyatakan bahawa, walau apa yang berlaku, tiada siapa yang harus berjalan keseorangan.

You’ll Never Walk Alone – Gerry and the Pacemakers

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of a storm
There’s a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone

Selain daripada Liverpool, lagu tersebut turut menjadi siulan oleh penyokong pasukan lain seperti Borussia Dortmund, Celtic, 1. FSV Mainz 05, TSV 1860 Munich, Club Brugge KV, KV Mechelen, F.C. Tokyo, CD Lugo, PAOK, Bali United dan banyak lagi pasukan.

Lagu tersebut juga pernah menjadi lagu yang membolehkan penyokong Liverpool dan Borussia Dortmund memenangi anugerah terbaik FIFA Best untuk kategori Penyokong Terbaik.

Ketika itu, kedua dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Europa dan crowd penyokong kedua-dua pasukan menyanyikan bersama-sama lagi itu sebagai solidariti kepada korban tragedi Hillsbrough yang mengorbankan 96 nyawa.

10 hari selepas pertembungan di antara Liverpool dan Borussia Dortmund di Anfield itu adalah hari inkues untuk kes tragis kematian di Hillsbrough.

Ramai terharu

Tak kisahlah anda menyokong pasukan mana, lagu You’ll Never Walk Alone pasti anda pernah dengar dan tahu baitnya.

Ramai juga yang tersentuh dengan lagu tersebut, ketika ia dimainkan.

Pada ketika ini, dunia bersatu menentang Covid-19. Setakat ini lebih 252,000 kes dicatatkan. Dan sidah lebih 10,400 kematian direkodkan.

Diharap kita semua akan segera keluar daripada musim wabak yang telah banyak memberikan impak kepada kita semua.

Selain daripada di Eropah, di Kenya, mereka turut memainkan lagu You’ll Never Walk Alone ini tanda solidariti.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai