CR7 Bukan Baling Jersi Sebab ‘Koyak’, Tetapi Sebenarnya Sebab Nak Beri Kat Budak Milo

Superstar Juventus Cristiano Ronaldo telah dituduh mengamuk kerana koyak, dengan melemparkan jersi miliknya ke tepi padang.

Insiden itu berlaku ketika kemenangan Juventus 3-1 ke atas Genoa. Para peminat bola sepak mempersoalkan, apa sebenarnya yang dimarahkan oleh Ronaldo selepas insiden dia membaling lilitan kapten ketika beraksi untuk Portugal tempoh hari.

Ada juga menganggap tindakan Ronaldo itu biadap dan tidak menghormati jersi keramat pasukannya.

Ada yang beranggapan Ronaldo sebenarnya kecewa kerana tidak dapat menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut – selepas memiliki banyak peluang gol. 3 gol Juventus adalah menerusi Dejan Kulusevski (minit ke-4), Alvaro Morata (22 ‘) dan Weston McKennie (70’).

Namun sebenarnya Ronaldo mahu memberikan bajunya kepada budak milo ataupun ball boy yang merupakan seorang pengumpul jersi. Cuma insiden yang dikongsikan di media sosial itu memperlihatkan sudut video yang memberikan persepsi berbeza.

Romeo Agresti mengesahkan bahawa budak milo tersebut telah meminta jersi daripada superstar tersebut.

Seorang peminat berkaa: “Kelakarnya, bagaimana mereka menukar sudut pandangan kamera agar ia betul menampakkan dia membaling jersi kerana marah.”

Sebelum ini, lilitan kapten yang dibaling oleh Cristiano Ronaldo telah dilelong di sebuah acara di Serbia, untuk membantu seorang bayi berusia 6 bulan yang sakit.

Berikut kenyataan daripada pihak yang melelong:

“Dana yang diraih akan digunakan bagi tujuan rawatan bayi berusia 6 bulan, Gavrilo Djurdjevic dari Kragujevac, Serbia, yang didiagnosis dengan spinal muscular dan memerlukan €2,500,000 untuk rawatan yang boleh menyelamatkan nyawanya.

Dengan memorabilia sukan ini masih panas, ditambah pula ianya melibatkan insiden berprofil tinggi, jangan lepaskan peluang mendapatkan lilitan kapten yang mungkin bernilai 7 angka.

Ronaldo sebelum ini mengamuk meninggalkan padang dan secara kontroversi membaling lilitan kaptennya tanda protes kepada keputusan pengadil yang tidak mengesahkan gol kemenangan pada masa kecederaan ke atas Serbia.

Sedangkan ulang tayang jelas menunjukkan bahawa bola telah pun masuk dan melepasi garisan gol.

Portugal diikat 2-2 oleh Serbia. Dan Ronaldo menunjukkan magisnya dengan menewaskan penjaga gol lawan dengan teknik yang tenang. Namun Stefan Mitrovic mengeluarkan bola, tanpa teknologi garisan gol pun, jelas bola itu masuk.

Kecewa dengan golnya tidak dikira, lebih lebih lagi gol kemenangan, Ronaldo mengamuk selepas tamat perlawanan dengan membaling lilitan kapten sambil meninggalkan padang.

Ada yang mengkritik tindakan Ronaldo namun ramai juga yang memahami kenapa Ronaldo bertindak sedemikian. Pengurus Portugal, Fernando Santos menyatakan bahawa dia faham reaksi itu dan tiada masalah dengannya.

Baca yang lain