CR7 Dikenakan Tindakan Kerana Isyarat Lucah: “Itu Ekspresi Kekuatan Dan Kemenangan”

Cristiano Ronaldo telah digantung satu perlawanan kerana membuat isyarat lucah berikutan kemenangan pasukannya Al Nassr di Arab Saudi.

Ronaldo yang berusia 39 tahun membalas laungan “Messi” daripada penyokong lawan Al Shabab dengan menoleh ke arah mereka, menekup telinganya dan berulang kali telah memberikan isyarat tangannya beberapa kali di hadapan pelvisnya.

Gerak isyarat itu tidak ditangkap di kamera televisyen tetapi ditularkan di media sosial, mencetuskan kritikan daripada pundit di Arab Saudi dan mengundang siasatan daripada jawatankuasa disiplin dan etika Persekutuan Bola Sepak Saudi.

Jawatankuasa itu memutuskan bahawa Ronaldo telah didapati “‘memprovokasi peminat’ atau ‘mengapi apikan peminat’ dengan isyaratnya terhadap penyokong Al Shabab.

Ronaldo telah digantung satu perlawanan liga, manakala dia juga telah didenda 30,000 SAR (£6,000) atau kira kira RM40,000.00.

Ronaldo telah membuka jaringan tetapi Al Nassr memerlukan kemenangan lewat daripada Talisca untuk menewaskan Al Shabab 3-2, di mana penyokog mereka berterusan menyindir Ronaldo dengan laungan “Messi” – merujuk kepada seteru lama pemain itu di arena bola sepak.

Ia bukan kali pertama Ronaldo terlibat dalam kontroversi sejak berpindah ke Arab Saudi.

Pada April tahun lalu, dia kelihatan mencengkam kemaluannya ketika dalam perjalanan ke ruang istirahat selepas tamat perlawanan liga menentang Al Hilal, yang Al Nassr tewas 2-0.

Awal bulan ini, dia mengambil selendang Al Hilal yang dilemparkan kepadanya dari tempat duduk, memasukkannya dan menyapunya di kemaluannya dan kemudian membuangnya ketika dia berjalan ke arah terowong selepas Al Nassr tewas 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Musim Riyadh.

Selepas insiden terbaru ini, pundit terkemuka di Arab Saudi menggesa agar Ronaldo dihukum.

“Jawatankuasa disiplin kini menghadapi ujian terbesar. Kita akan tunggu dan lihat, berani atau tak mereka ambil tindakan,” kata Waleed Al Farraj, hos televisyen menuerusi platform media sosial X.

“Semuanya ada hadnya, tidak kira betapa terkenalnya anda. Beginilah liga utama.”

Ronaldo menghormati hukuman yang dikenakan ke atasnya. Dia berkata: “Saya menghormati semua kelab dan aksi untuk menunjukkan kekuatan dan kejayaan bukannya perkara yang memalukan, dan kami sudah biasa melakukannya di Eropah.”

Baca yang lain