CR7 Disiasat Kerana Buat Isyarat Lucah Di Khalayak Ramai

Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal menghadapi siasatan selepas tampil membuat isyarat lucah dalam perlawanan Liga Pro Saudi.

Pada hari Ahad lalu, pemain Al-Nassr berusia 39 tahun itu mengetuai pasukannya menentang Al-Shabab, yang mempunyai skuad yang termasuk pemain seperti bekas pemain tengah Atletico Madrid, Yannick Carrasco dan bekas bintang Barcelona, Ivan Rakitic.

Ronaldo membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-21, tetapi pasukannya diikat oleh sepakan penalti Carrasco sebelum rehat separuh masa.

Talisca mendapatkan semula pendahuluan untuk pasukan pelawat selepas perlawanan dimulakan semula, dan pemain Brazil itu sekali lagi meledak untuk memastikan kemenangan lewat perlawanan, selepas Carlos menyamakan kedudukan untuk tuan rumah sebelum itu.

Dengan tiga mata diperoleh menerusi kemenangan 3-2, Ronaldo mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukannya selepas ditemuramah sebaik sahaja perlawanan tamat.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Portugal itu kelihatan jengkel dengan peminat yang melaungkan nama bekas pesaingnya di El Classico, Lionel Messi.

Sebagai tindak balas, Ronaldo meletakkan tangannya di telinga sebelum membuat isyarat yang dianggap tidak senonoh ke arah kelangkangnya dengan isyarat itu seolah-olah ditujukan kepada penyokong yang hadir.

Menurut laporan The Telegraph, akhbar Saudi Asharq al-Awsat berkata persekutuan bola sepak kebangsaan (SAFF) sejak itu telah membuka siasatan berhubung insiden itu.

Ronaldo boleh dikenakan tindakan kerana kelakuan yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan di khalayak umum.

Ini bukanlah pertama kali Abang Do bengang dengan peminat yang memprovokasinya dengan melaungkan nama Messi.

Tahun lalu dia meminta peminat yang kemaruk nama Messi agar pergi menonton MLS.

Kemudian beberapa bulan lalu, dia memberikan respon kepada peminat dengan berkata:

“Saya di sini sekarang, Cristiano, bukan Messi.”

Satu lagi video telah muncul di pelbagai platform media sosial, merakamkan insiden di mana Cristiano Ronaldo dilihat membuat isyarat yang tidak wajar terhadap Al-Hilal dan peminatnya.

Ketika penyerang terkenal itu meninggalkan padang, sepasang mafla Al-Hilal dilemparkan ke arahnya. Sebagai tindak balas, atlet berusia 39 tahun itu mengambil sehelai selendang, menyapunya di bahagian kelangkangnya, sebelum membuangnya.

Tindakan Ronaldo itu dikecam peminat dan dianggap terlalu koyak.

 

Pada musim kedua di Saudi, bintang Portugal itu telah mengekalkan rekod prolifiknya di hadapan gawang dan kini menduduki tangga teratas carta liga.

Penalti hari Ahad dia menjadikan jumlah golnya untuk musim ini kepada 22 dalam 20 penampilan.

Bagaimanapun, Al-Nassr masih jauh di belakang Al Hilal dalam kedudukan teratas liga. Al Hilal masih tidak kalah dalam Liga Pro Saudi musim ini. Berada 7 mata di atas Al Nassr yang berada di tangga kedua.

Baca yang lain