CR7 Effect: Al Nassr Atasi Semua Kelab EPL Untuk Engagement Media Sosial Januari

Kehadiran Cristiano Ronaldo ke Al Nassr benar benar memberikan impak kepada kelab itu dari segi populariti dan publisiti.

Pemain itu merupakan pemain yang paling banyak diikuti di Instagram secara peribadi.

Dia membawa masuk kuasa publisiti itu ke Al Nassr.

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan, Al Nassr mendapat 150 juta engagement ataupun interaksi di media sosial sepanjang Januari.

Bermula daripada detik sebelum pengenalan beliau secara rasmi sehinggalah kepada hari pengenalannya di stadium yang padat.

Kini Al Nassr benar benar mendapat publisiti luar biasa. Malah mengatasi kelab lama Ronaldo yang memiliki penyokong paling ramai di dunia iaitu Man United.

Real Madrid masih lagi kelab dengan jumlah interaksi tertinggi dengan 209 juta diikuti oleh PSG dan Barcelona.

Walaupun berdepan kesukaran pada 2 perlawanan pertama. Namun Ronaldo sudah mendapatkan rentaknya di hadapan gol.

Kini dia berterusan mencetak gol untuk Al Nassr.

Ronaldo menjadi pemain paling pantas menjaringkan 8 gol di Liga Pro Saudi dengan hanya mengambil masa dalam 5 perlawanan.

Seterusnya dia juga menjadi pemain terpantas melakukan 2 hatrik dalam Liga Saudi.

Ronaldo menyertai Al Nassr selepas tidak sehaluan dengan Manchester United terutama sekali Erik Ten Hag.

Dia mendapat tawaran daripada banyak kelab besar lain. Namun memilih cabaran baharu di Liga Arab Saudi.

Ronaldo menyatakan bahawa dia semakin tertarik dengan bola sepak Arab Saudi. Terutama sekali melihat prestasi negara itu pada Piala Dunia 2022 yang lalu.

Ronaldo menjadi pemain dengan gaji tertinggi dalam sejarah bola sepak. Menerima €200 juta semusim di kelab itu.

Pendapatan itu meliputi bayaran tunai dan juga bonus tambahan serta tajaan khas.