CR7 Effect! DStv Sedia Siar Liga Arab Saudi

“Kontrak saya unik sebab saya pemain yang unik,” itulah kata kata Abang Do ketika diperkenalkan secara rasmi dalam sidang media.

Pengurus Al Nassr sendiri mengakui dia terkejut melihat sekarang setiap hari sidang medianya dipenuhi wartawan.

“Sebelum ini hanya 3 atau 4 orang sahaja berada di bilik media ini selepas perlawanan. Sekarang sentiasa penuh.”

“Baguslah macam ni, saya nak kamu semua sentiasa datang beramai-ramai,” kata Rudi Garcia.

Ronaldo menyertai Al Nassr dengan kontrak rekod dunia. Di mana dia menjadi atlet pertama menerima pendapatan keseluruhan €200 juta setahun ataupun semusim.

Dalam kenyataan Al Nassr sebelum ini, kelab itu memang mendapatkan Ronaldo untuk membantu kelab mereka di atas padang, serta pada masa yang sama membantu bola sepak Arab Saudi secara tak langsungnya.

Instagram dan beberapa platform media sosial lain kelab Arab Saudi itu mencanak naik sebaik sahaja Ronaldo dikaitkan dengan kelab itu. Angka itu menokok lagi selepas Ronaldo diumumkan secara rasmi.

Ronaldo dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa dia datang ke Arab Saudi kerana tertarik dengan perkembangan bola sepak di negara tersebut. Sambil memberikan contoh prestasi mengagumkan Arab Saudi dalam Piala Dunia 2022 baru baru ini.

Terbaru, Ronaldo telah membuatkan stesen penyiaran antarabangsa, DStv mengumumkan bahawa mereka dalam proses untuk memeterai tajaan rasmi untuk penyiaran liga Arab Saudi.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah, ataupun julung kalinya stesen tersebut menyiarkan liga Arab Saudi.

DStv dilaporkan telah mewujudkan saluran 240 untuk menayangkan Siaran Liga Arab Saudi. Namun menurut syarikat tersebut, perancangan itu adalah untuk masa hadapan. Paling awal musim depan bukannya musim ini.

Apa yang pasti syarikat tersebut mengesahkan bahawa mereka memang dalam perancangan untuk menyiarkan Liga Arab Saudi. Itu pasti akan membawa wang masuk sebagai sumber pendapatan liga mereka.

Ramai peminat bola sepak terutama sekali di Arab Saudi terkejut dan pada masa yang sama berterima kasih dengan impak positif daripada kehadiran Cristiano Ronaldo.

Baca yang lain