CR7 Kembali Ke Manchester United Untuk Bincang

Cristiano Ronaldo akhirnya kembali semula ke bandar Manchester untuk melapor diri bagi pra musim. Namun masih belum ada jaminan bahawa pemain itu mahu terus kekal bersama dengan kelab tersebut.

Cristiano Ronaldo bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan pengurusan Manchester United minggu ini ketika dia berusaha untuk menjelaskan masa depannya di tengah-tengah keraguan sama ada dia akan kekal di Old Trafford musim ini.

Ronaldo sebelum ini menghantar transfer request meminta kelab menjualnya ke pasukan yang bermain di UCL, jika  tawaran tersebut baik.

Pemain berusia 37 tahun itu terbang pulang ke UK pada petang Isnin selepas terlepas lawatan pramusim United ke Thailand dan Australia kerana masalah keluarga, dengan pengurus Erik ten Hag dijangka bertemu dengannya dalam beberapa hari akan datang.

Ten Hag berminat untuk memastikan Ronaldo berada dalam rancangannya secepat mungkin, walaupun difahamkan ejen Ronaldo telah berusaha mencari kelab baharunya selepas dia menyatakan dengan jelas dia mahu bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Kelab seperti Chelsea telah menyatakan mereka tidak lagi berminat untuk mendapatkan Ronaldo selepas mengadakan perbincangan awal bulan ini, manakala Bayern Munich juga dipercayai menolak peluang untuk membuat perjanjian untuk pemain yang menjaringkan 24 gol dalam 38 penampilan untuk United musim lalu.

Atlético Madrid juga telah menunjukkan minat terhadap pemenang Ballon d’Or lima kali tetapi mesti menjual pemain terlebih dahulu sebelum mereka boleh mempertimbangkan untuk membawanya kembali ke ibu kota Sepanyol.

Dengan baki kurang daripada dua minggu sebelum lawatan Brighton ke Old Trafford pada 7 Ogos untuk pembukaan musim, Ten Hag berkata lepas dia tidak bimbang tentang Ronaldo yang bersedia untuk beraksi.

“Kita semua tahu Ronaldo seorang profesional terbaik dan akan cergas, itulah yang benda yang saya fikirkan saya,” katanya.

Ronaldo dianggap pemain penting dalam projek Ten Hag. Di mana kelab tersebut masih belum ada tanda tanda akan membawa masuk penyerang no.9 baharu. Mereka mendapat suntikan motivasi berharga dengan prestasi cemerlang gandingan trio Marcus Rashford, Anthony Martial dan Jadon Sancho sepanjang aksi pra musim.