CR7 Klaim Dia Adalah Pemain Paling Lengkap Dalam Sejarah

Penyerang Al Nassr, Cristiano Ronaldo, telah mengklaim bahawa dia adalah pemain paling lengkap dalam sejarah bola sepak.

Ronaldo bercakap dalam temu bual baru-baru ini dengan Edu Aguirre, wartawan dari ‘El Chiringuito’.

Ditanya sama ada dia fikir dia adalah pemain bola sepak terbaik, Ronaldo berkata, ya! menang dia adalah pemain yang lengkap.

Kapten Portugal itu bagaimanapun mengakui bahawa sesetengah orang mungkin lebih suka pemain seperti Lionel Messi, Pele dan Diego Maradona. Namun dia menghormati pilihan mereka.

“Saya pemain paling lengkap yang pernah ada. Untuk mengatakan bahawa Cristiano tidak lengkap adalah satu pembohongan,” kata Ronaldo.

“Anda mungkin lebih suka Pele, Messi, Maradona, saya faham dan menghormatinya.”

“Saya melakukan segala-galanya dalam bola sepak. Saya bermain dengan baik dengan kepala saya, saya mengambil sepakan percuma yang baik, saya mampu menggunakan kaki kiri, kaki kanan, saya kuat.

“Untuk mengatakan bahawa Cristiano tidak lengkap adalah satu pembohongan, saya yang paling lengkap,” tambahnya lagi.

Cristiano Ronaldo telah memenangi lima anugerah Ballon d’Or dalam kariernya setakat ini.

Pemain berusia 39 tahun itu telah memenangi beberapa trofi termasuk Liga Juara-Juara Eropah, Liga Perdana Inggeris, LaLiga dan Serie A.

Ronaldo pernah bermain untuk Real Madrid, Juventus dan Manchester United sebelum ini. Dan kini menikmati kariernya bersama dengan Al Nassr di Liga Pro Saudi.

Beberapa tahun lalu dia mendedahkan bahawa dia telah menjadi ikutan ramai bintang lain yang berpusu pusu datang ke Liga Saudi setelah dia menandatangani kontrak dengan Al Nassr.

Ronaldo juga masih menjadi ketua pasukan untuk negaranya. Dia masih lagi aktif bermain dan dalam misi mahu bermain dalam Piala Dunia yang akan datang.

Ronaldo masih berusaha untuk membantu negaranya menjadi juara dunia. Sebelum ini dia pernah membantu Portugal menjadi juara Euro dan Liga Negara Eropah.