Cristiano Ronaldo percaya bahawa kehadirannya ke Liga Arab Saudi telah membantu menaikkan liga tersebut.
Pemain Al Nassr itu menjadi bualan ramai ketika memilih Arab Saudi sebagai destinasi baharunya selepas beberapa kali menolak tawaran tersebut pada awalnya.
Namun Ronaldo menganggap keputusan itu sangat tepat kerana dia berada di liga yang sedang pesat membangun.
Kini semakin ramai pemain pemain dari kelab Eropah yang datang ke Arab Saudi. Sehinggakan liga itu kini menjadi lebih baik daripada Major League Soccer menurut Abang Do.
Malah pemai pemain yang muda seperti Ruben Neves juga sanggup datang ke Arab Saudi untuk memeriahkan lagi liga itu.
Tidak lupa juga Karim Benzema, seorang lagi pemenang Ballon d’Or sama macam Cristiano Ronaldo, yang juga kawan baiknya, turut datang ke Liga Pro Saudi.
“Mereka mengkritik saya ketika saya datang ke Arab Sini. Sekarang apa dah jadi? Saya membuka jalan.. dan semua pemain datang ke sini.”
“Keputusan saya untuk menyertai kelab Arab Saudi 100% sangat penting untuk membawa masuk pemain pemain handalan lain datang.”
“Ketika saya menyertai Juventus, Serie A mati dan selepas saya menyertai, ianya hidup kembali.”
“Ke mana sahaja Cristiano pergi ianya akan menarik perhatian.”
Cristiano Ronaldo: “My decision to join Saudi clubs was 100% crucial to bring in new top players. It’s a fact”. 🇸🇦
“When I joined Juventus, Serie A was dead and then after I signed… it was revived. Wherever Cristiano goes he generates higher interest”. pic.twitter.com/LOMeUmx0FU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 17, 2023
Ronaldo juga menjelaskan bahawa dia sudah tak terfikir untuk kembali semula ke liga di Eropah.
Terutama sekali memikirkan usianya yang sudah 38 tahun dan kualiti liga liga di Eropah yang semakin merosot kecuali EPL.
Cristiano Ronaldo: “They criticized me for coming to Saudi League, but what happened now?”. ✨🇸🇦
“I opened the way… and now all the players are coming here”. pic.twitter.com/4AkVayzxes
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 17, 2023
Ronaldo menjelaskan: “Liga Saudi lebih baik daripada MLS. Saya pasti 100% saya tak akan kembali ke mana mana kelab Eropah lagi.”
🚨Cristiano Ronaldo: "Saudi league is better than MLS".
"I'm 100% sure I won't return to any European club. I opened the way to Saudi league… and now all the players are coming here". 🇸🇦 pic.twitter.com/nvgESZnjeK
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 17, 2023
“Saya dah berusia 38 tahun, Liga liga di Eropah semakin hilang kualitinya, hanya satu je yang bagus iaitu EPL. Mereka berada di hadapan liga liga lain di Eropah.”
🚨⛔️ Cristiano Ronaldo: "I won't return to European football, the door is completely closed".
"I'm 38 years old, also European football has lost lot of quality… only valid one is Premier League, they're way ahead of all the other leagues". pic.twitter.com/czxco9PzlM
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 17, 2023