Setelah menandatangani kontrak dengan Manchester United pada tahun 2003, Cristiano Ronaldo dengan pantas memuji seorang lagi bakat besar bola sepak Portugal yang seterusnya.
“Sekiranya kamu fikir aku ni bagus, korang tunggu sehingga mata korang melihat Fabio Paim.” kata Ronaldo ketika itu.
Tetapi 17 tahun setelah dipuji oleh salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, Paim, yang kini sudah 32 tahun pula ditangkap kerana disyaki mengedar dadah.
Akhbar berbahasa, Portugis, Correio da Manhã melaporkan polis menjumpai 12 gram k0kain, ala penimbang, wang tunai EUR900 dan sebuah kereta BMW semasa kediamannya digeledah.
Bekas pemain pinjaman Chelsea itu kemudian ditahan dan direman di Penjara Caxias dekat Lisbon.
Pasukan PSP Portugal mengesahkan seorang lelaki dan seorang wanita telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah. Beberapa akhbar Portugis mengesahkan bahawa lelaki itu sebagai Fabio Paim, yang dikatakan telah disiasat selama berbulan-bulan.
Paim dikurniakan dengan bakat luar biasa pada peringkat awal kariernya.
Dia bersinar dalam sistem akademi Sporting CP, seperti mana pemenang Ballon d’Or lima kali – Cristiano Ronaldo.
Pada usia 14 tahun, pemantau bakat dari dari Barcelona, Manchester United dan Real Madrid kerap memantau aksi permainan yang dia tampilkan.
Cristiano Ronaldo after signing with Manchester United:
"If you think I'm good, just wait until you see Fábio Paím"
Fábio Paím joined Chelsea in 2008, but never made it to the first-team and ended up playing in Angola, Qatar, Malta, Lithuania and Luxembourg. pic.twitter.com/WvMXJ7aqFN
— Football Talent Scout – Jacek Kulig (@FTalentScout) May 27, 2020
Kemudian, pada usia 19 tahun, ejen super Jorge Mendes membantu dia berpindah ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea.
Semuanya kelihatan sangat baik dan masa depannya kelihatan cerah ketika Luiz Felipe Scolari membawanya ke Stamford Bridge pada tahun 2008.
Ramai yang percaya dia akan masuk ke pasukan utama. Namun aksinya bersama pasukan remaja sangat mengecewakan. Dan hanya bertahan di sana selama 4 bulan.
Dia akhirnya gagal menepati harapan setelah menghabiskan musim pinjaman di Rio Ave dan Real Massama dan dibebaskan dari kontraknya oleh Sporting CP pada tahun 2010.
Penyerang muda, yang pernah digambarkan oleh Ronaldo lebih baik daripadanya, akhirnya menandatangani kontrak untuk pasukan divisyen tiga Portugal SCU Torreense.
Di mana dia membuat hanya tiga penampilan sebelum meninggalkan pasukan itu pada tahun 2011.
8 musim selepas itu, Paim berjuang untuk membuat nama untuk dirinya sendiri di sejumlah kelab yang berbeza, termasuk pasukan Al Kharaitiyat SC yang berpangkalan di Qatar dan juara divisyen satu Luxembourg 05 Kayl-Tétange.
Paim menjadi pemain nomad di dalam kariernya.
Dia bermain di tujuh negara berbeza – China, Angola, Malta, Lithuania, Luxembourg, Qatar dan Brazil – tetapi kekurangan kecergasan, antara faktor lain, turut berperanan dalam membawa kepada kejatuhannya.
Paim berbicara mengenai puncak kariernya dalam temu bual dengan Globoesporte, di mana dia bercakap mengenai Ronaldo, lelaki yang memberinya pujian yang tinggi pada tahun 2003.
“Dia dah keluar dari dunia ini. Tidak ada perbandingan hari ini antara kami. Dahulu, ya.” katanya.
“Pada satu ketika, saya dapat melakukan lebih banyak daripada dia tetapi saya tidak mempunyai apa yang dia ada – perkara yang merupakan kekuatan dan keinginan untuk menjadi seperti yang saya mahukan.”
“Dia mempunyai etika kerja yang hebat dan saya tidak memilikinya.”
“Saya mempunyai kualiti, sekurang-kurangnya seperti dia, tetapi saya tidak mempunyai aspek yang lain.”
Portugal – Ex-estrela do Sporting na cadeia por tráfico de droga https://t.co/jkyaUuO4Rd
— Correio da Manhã (@cmjornal) August 3, 2019
“Saya lebih suka memiliki kualiti yang lebih rendah jika saya mempunyai lebih banyak kekuatan bahagian lain. ”
“Saya akan menjadi salah seorang yang terbaik di dunia. Tetapi, tidak ada yang dilahirkan sempurna. Saya fikir mempunyai bakat sudah cukup – tetapi sebenarnya tidak.”