Bintang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo, berikrar akan mempertemukan anak sulungnya dengan ibu kandungnya.
Paa ketika ini, Ronaldo mempunyai empat orang anak. Namun yang kekal misteri, tiada siapa yang tahu siapakah ibu Cristiano Ronaldo Jr.
Cristiano Jr atau yang dikenali dengan Cristianinho (Cristiano kecil) lahir pada 17 Jun 2010. Menariknya, pada saat itu Ronaldo ketika itu sedang hangat menjalin asmara dengan supermodel Rusia, Irina Shayk.
Ketika Cristianinho lahir, Ronaldo menerangkan waktu ia telah membuat kesepakatan dengan ibu kandung dari anak tersebut untuk merahasiakan identitinya.
Dan yang pasti, Irina Shayk bukan ibu kepada Cristiano Jr.
Media cuba mengorek siapakah ibu anak sulungnya itu. Ronaldo pernah menyatakan bahawa ada laporan dan spekulasi adalah tepat, daripada banyak laporan yang dibuat.
Walaubagaimanapun, wartawan menyatakan Ronaldo sengaja bermain main dengan mereka. Oleh itu, media terus gagal untuk membongkar hal tersebut.
Dan kedua dua pihak masih berpegang kepada kesepakatan mereka.
Ibu Cristiano Jr dilaporkan setuju dengan kontrak yang ditawarkan dan tidak sesekali membuka mulut ataupun menjual cerita kepada media.
Namun baru baru ini, Ronaldo mendedahkan bahawa sebenarnya ibu Cristiano Jr sendiri yang tidak mahu tampil di hadapan media dan seorang yang suka berahsia.
“Dengan kegembiraan dan emosi yang mencium saya memberi tahu tahu saya baru-baru ini menjadi ayah bagi seorang bayi lelaki. Sesuai kesepakatan dengan ibu si bayi, yang lebih suka kerahasiaan identitinya.”
Ronaldo berikrar bahawa suatu hari nati, apabila masanya sesuai, dia sendiri akan menemukan anak itu dengan ibu kandungnya.
Ronaldo juga berkata, beliau juga akan melakukan perkara itu jika Cristiano Jr sendiri yang meminta.
“Orang di luar suka berspekulasi pada saya bersama gadis ini atau yang lain, atau ada ibu pengganti. Saya tidak pernah memberi tahu siapa pun dia dan tidak akan pernah,” tegas Ronaldo.
“Ketika Cristiano (Junior) akan beranjak dewasa, saya akan selalu mengatakan yang sebenarnya kerana dia berhak tahu kebenarannya, kerana dia adalah anak saya. ”
“Tetapi, saya tidak akan mengatakannya kerana orang lain ingin saya menyatakannya, tambah beliau lagi.