Cristiano Ronaldo Dan Messi Mengetuai Pemain Lain Mengucapkan Takziah Kepada Kobe

Dunia sukan sedang berkabung berikutan kematian pemain bola keranjang Kobe Bryant yang tragis baru-baru ini.

Bryant, bersama anak perempuannya yang berusia 13 tahun, Gianna, adalah antara sembilan orang yang terbunuh dalam nahas helikopter di bandar Calabasas, California pada hari Ahad lalu. Pihak berkuasa tempatan LA mengesahkan tiada mangsa yang selamat.

Berita yang mengejutkan itu tidak hanya mengganggu masyarakat bola keranjang tetapi seluruh dunia.  Bryant, yang berusia 41 tahun semasa kematiannya, adalah individu yang sangat disanjungi dan dihormati bukan sekadar ahli sukan.

Beliau adalah salah seorang pemain paling hebat sepanjang zaman, Bryant bermain untuk LA Lakers sepanjang kariernya (antara 1996-2016) dan telah bersara sebagai juara NBA sebanyak lima kali.

 

Dalam satu kenyataan, NBA berkata ia “telah berlaku kemalangan melibatkan Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna.”

Ia melanjutkan: “Selama 20 musim, Kobe telah menunjukkan kepada kita apabila bakat yang besar digabungkan dengan kesetiaan mutlak maka itu akan mencapai kemenangan.”

Kebanyakkan bintang dalam sukan bola sepak mempunyai minat yang luar biasa dalam NBA.

Apabila berita tentang kemalangan nyawa melihatkan Kobe tersebar para peminatnya termasuk pemain-pemain bola sepak telah memuat naik status memberi penghormatan terakhir kepada Lagenda Bola Keranjang itu.

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, dua ikon utama bola sepak, kedua-duanya menyampaikan penghormatan mereka sejurus selepas insiden  paling buruk itu disahkan.

Ronaldo menulis tweet: “Begitu sedih mendengar berita menyayat hati kematian Kobe dan anak perempuannya, Gianna.  Kobe adalah legenda dan inspirasi yang sebenar kepada banyak orang.

Takziah kepada keluarga dan kawan-kawannya, serta  keluarga semua yang kehilangan nyawa mereka dalam kemalangan.  RIP Legend 💔 ”

Messi juga menulis di Instagram: “Saya tidak mampu untuk berkata-kata… semua rasa cinta dan kasih sayang saya untuk keluarga Kobe dan rakan-rakan Kobe.

senang bertemu dengan anda dan berkongsi masa yang baik bersama-sama.  Anda seorang genius seperti beberapa orang lain. ”

Diego Maradona, lagenda bola sepak Argentina, seorang pemain yang dianggap pemain bola sepak paling hebat, turut menyiarkan di Instagram, memberi penghormatan kepada Bryant.

Beliau turut berkata: “Saya juga bersimpati keatas  kematian anak perempuannya dan kru helikopter. Semoga bertemu semula, legenda. ”

Neymar memberi penghormatannya setelah menjaringkan gol untuk Paris Saint-Germain berdepan Lille:

Kylian Mbappe hanya tweeted: #MambaForever:

Paul Pogba menulis di Instagram: “Heroes datang dan pergi.  Legenda adalah selama-lamanya.  R.i.P.  Kobe dan anak perempuannya Gianna dan semua mangsa doa saya mengiringi anda semua #blackmambaforever ”

Ronaldinho tweeted: “Berehat lah dengan aman, kawan”

Luis Suarez berkata: “Berehatlah dengan tenang KOBE BRYANT dan semua mangsa yang telah meninggal dunia dalam kemalangan tragis itu, dan Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya”

Sergio Ramos menulis: “Legenda.  #RIPKobe 🙏 ”

Sergio Aguero memuat status: “Sangat sedih dengan kehilangan #KobeBryant 💔 #RIP 🙏🏽 #Legend”

Didier Drogba, sama seperti seluruh dunia, yang sangat terkejut dengan berita itu: “Sangat sedih dengan kehilangan #KobeBryant.  Saya tidak boleh percaya. ”

Dan Romelu Lukaku berkata Bryant adalah idola sukan terbesarnya: “Idola sukan terbesar saya adalah Kobe.  Etika dan mentaliti kerja anda memberi inspirasi kepada saya.

begitu banyak yang saya pelajari dari anda dari bermula hingga kini untuk menjadi seorang yang pro.

Anda sedang menikmati bab baru dalam hidup anda dan meninggalkan kami seperti itu dahsyat .. saya sayangkan kamu!  Anda G.O.A.T 😢 ”

Ini hanya segelintir pemain bola sepak yang telah memberi penghormatan kepada Bryant.

Sebilangan pasukan besar dalam bola sepak seperti Manchester United, AC Milan dan Liverpool juga memberikan penghormatan terakhir buat beliau.

Sudah jelas bertapa ramai ahli sukan dan manusia didunia ini yang sangat mengagumi beliau sepanjang hidupnya. berehatlah dengan tenang,Kobe.

Baca yang lain