Sir Alex Ferguson yang terlibat dalam beratus-ratus transaksi jual beli pemain. Banyak nama besar yang beliau jual dan lepaskan.
Namun kisah pada kali ini yang aku nak kongsi adalah melibatkan salah satu saga perpindahan yang paling sukar bagi beliau.
Korang bayangkan korang terpaksa lepaskan orang yang paling korang sayang sebab dia nak ke sana.
Namun dalam situasi Sir Alex dengan Cristiano Ronaldo pula adalah kisah seorang ayah yang terpaksa melepaskan anak lelaki yang dia sayangi walaupun dia tak rela.
Ini kerana terpaksa akur, walaupun dalam dunia bola sepak ni ada kontrak, hati manusia ni kita kena faham. Mereka pun ada cita cita.
Macam si Cristiano Ronaldo ini beliau pernah berimpian bermain untuk Real Madrid ketika dia masih kecil.
Ronaldo dan Man United
Pada Ogos 2003 Manchester United berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo (tu ha yang pakai baju corak kek lapis tu – jangan sampai aku claim).
Ronaldo menyertaitai Man United dari Sporting dengan nilai £12 juta. Awalnya ditandatangani untuk gantikan Beckham yang ketika itu agak kemaruk dengan dunia selebriti.
Namun selepas menunjukkan aksi cemerlang beliau sebagai penyerang sayap – Alex Ferguson menyatakan beliau perlu mengoptimum bakat Ronaldo.
Lalu dia dijadikan Inverted winger dan juga bermain di peranan false 9 Bila perlu. Ini yang membuatkan Ronaldo menjadi complete attacker.
Beliau kemudian menjadi penjaring gol utama Man. United. Juga menjadi free kick taker utama pasukan.
Beliau mencatatkan 3 EPL, 1 Piala Liga, 1 FA Cup 1 UCL, 1 Club World Cup. Ketika itu beliau juga memenangi 1 Ballon d’Or pada 2008 dan tempat ke-2 pada 2009.
Ini yang membuatkan Real Madrid stim dan menggigil kegeraman nak dapatkan Ronaldo.
Real Madrid mahukan Ronaldo
Pada Mei 2008 – Marca di Sepanyol melaporkan Real Madrid mahukan beliau.
Sir Alex Ferguson panas hati dengan kenyataan media yang dimainkan itu dan beliau mendapat tahu ada cubaan menghubungi Ronaldo oleh Real Madrid dari belakang.
Sir Alex mengaitkan Real Madrid dengan perangai diktator Jeneral Franco yang merupakan pro Real Madrid.
Sir Alex memberikan amaran akan membawa kes itu kepada FIFA. Ini kerana Real Madrid secara terbuka bercakap tentang pemain mereka dan membuatkan Ronaldo tidak fokus.
Ronaldo ketika itu tertarik dengan tawaran ke Real Madrid kerana mendakwa itu kelab impian beliau ketika kecil.
Real Madrid tidak mintak maaf. Dan United report kepada FIFA. FIFA berjanji akan menyiasat hal itu.
Real Madrid menafikan mereka cuba menggunakan pintu belakang.
Namun United berkeras menuduh Real Madrid cuba mempengaruhi Ronaldo untuk ‘breach’ atau melanggar kontrak.
Sir Alex bengang kerana Presiden Real Madrid terang terangan memberitahu media mereka anggap kejayaan mendapatkan pemain seperti Ronaldo adalah satu kebanggaan.
Itu yang membuatkan Ronaldo tidak tentu arah dan tak fokus.
Dalam kenyataan oleh Telegraph:
“While Real Madrid have denied any wrongdoing, United claim the statements that have been coming out of the Spanish capital are aimed at tempting Ronaldo to breach his contract.
Ferguson is particularly furious at the comments from Ramon Calderon, the Real president, who admitted last week that it would be an “honour” to sign Ronaldo.”
Pada 5 Jun, Ronaldo dilaporkan memberitahu kepada Man. United beliau mahu ke Real Madrid dan meminta kebenaran untuk bercakap dengan Real Madrid.
Ini selepas Real Madrid menghantar bidaan rasmi £71.6 juta.
Namun Alex Ferguson bertegas Ronaldo bukan untuk dijual untuk apa sahaja harga.
Ketika itu Sir Alex tidak dapat bercakap dengan Ronaldo kerana pemain itu ada tugasan dengan negaranya untuk Euro 2008. Sir Alex memberikan amaran agar pihak Real Madrid tidak mengganggu Ronaldo ketika di kem Portugal.
Portugal kandas di suku akhir di tangan Jerman. Dan Ronaldo dilaporkan bersedia untuk bercakap dengan Fergie akan isu perpindahannya.
Namun malangnya beliau terpaksa menjalani rawatan ankle injury di Belanda. Beliau berehat sebulan.
Ibunya berkata: “Jika Ronaldo sertai real Madrid saya akan ‘mati’ kegembiraan.”
Blatter masuk campur
Presiden FIFA ketika itu Sepp Blatter menyatakan Ronaldo ada bercakap dengannya dan Ronaldo menganggap dirinya seperti hamba pada zaman moden.
Kenyataan Blatter itu membuatkan United marah. Namun Blatter enggan meminta maaf di atas kenyataan beliau itu.
Penyokong United ketika itu agak marah. Jika benar Ronaldo berkata begitu mereka mahukan pemain itu dijual. Laporan oleh Redcafe hanya 11% mahu Ronaldo kekal. Fans United mahukan penjelasan Ronaldo.
FIFA menyatakan sekali lagi, Ronaldo perlu menghormati keputusan Man. United.
Pada 14 Julai 2008 Ronaldo akhirnya berjumpa Sir Alex untuk bercakap tentang niatnya mahu ke Real Madrid.
Sir Alex Ferguson memberikan amaran kepada Ronaldo bahawa perpindahan Ke Real Madrid mungkin akan menjadi perkara terburuk dalam kariernya, ini selepas beberapa pemain bintang gagal menyerlah di sana.
Fergie juga menyatakan bahawa United juga big club macam Real Madrid dan Ronaldo boleh menjadi legenda di Old Trafford.
Lebih menarik lagi, Wesley Sneijder boleh pula menyatakan kehadiran Ronaldo ke Real Madrid akan membuatkan struktur gaji di Real Madrid mengalami inflasi. Dah macam Sporting Director dah dia. Haha.
Ronaldo kekal
Pada 5 Ogos 2008, Fergie mengesahkan perbincangan dengan Real Madrid untuk Ronaldo berakhir. Beliau berkata: “Ronaldo akan kekal di sini dan bermain di sini sepanjang musim ini”
Tetapi benda kembali panas apabila engendali Real Madrid ketika itu Bernd Schuster yakin Ronaldo akan ke Real Madrid.
Ramon Calderon tampil dengan kenyataan menyatakan United harus menghormati kehendak Ronaldo yang mahu datang ke Bernabeu.
Pada 18 Disember 2008, Pengarah Real Madrid, Pedro Trapote mengesahkan mereka sudah ‘menandatangani’ Ronaldo.
Namun beliau menyatakan ada klausa diletakkan oleh United yang menghalang mereka mengumumkan pemain itu secara rasmi. Lain macam kan?
Bengang Sir Alex dan pada 19 Disember Fergie berkata: “Anda ingat kami akan menjual pemain kami kepada orang kecoh itu? Tak akan!”
Ronaldo kemudian menafikan kenyataan Real Madrid itu dan berkata dia sedang gembira di Man. United. Beliau tidak menandatangani apa apa dengan kelab lain.
Pada Januari 2009 Florentino Perez menjadi presiden baru Real Madrid selepas Ramon Calderon kerana salah laku dalam pemilihan.
Sebelum perlantikan Perez, Presiden sementara Real Madrid – Vicente Bolouda memberitahu media: “Saya jamin kamu akan lihat dia (Ronaldo) di Bernabeu.”
Perez menjadikam Ronaldo sebagai model signing dalam projek beliau.
Jika Real Madrid gagal mendapatkan Ronaldo, Perez boleh menuntut ganti rugi £20 juta daripada kelab itu jika beliau dipecat – atas alasan gagal dalam sasarannya.
Guru Ronaldo, Fernando Sousa pula berkata, beliau yakin Ronaldo akan ke Real Madrid kerana dia lebih matang dalam mengendalikan situasi.
Sebelum ini Ronaldo agak terburu buru membuat kenyataan media. Jika beliau lebih tenang, perjanjian itu akan semakin menjadi mudah.
Pada 2009 akhbar El Pais melaporkan Manchester United sudah menerima bidaan Real Madrid dan Ronaldo akan pergi pada musim baru.
Ke Real Madrid jua
Pada Jun 2009 Manchester United mengesahkan mereka menerima bidaan bernilai £80 juta daripada Real Madrid untuk Cristiano Ronaldo.
Kelab juga menjelaskan penjualan Ronaldo adalah kerana pemain itu telah menghantar transfer request.
Sir Alex berpendapat bahawa harga itu sebenarnya murah berbanding dengan kualiti dan juga potensi Ronaldo.
Ramai juga tak setuju masa tu dengan kenyataan Fergie kerana bagi mereka £80 juta sudah sangat tinggi. Tapi sekarang tengoklah harga pemain memang betullah Ronaldo tu murah untuk harga itu.
Sir Alex Ferguson menyatakan mereka terpaksa menerima perpindahan itu kerana aku dengan kehendak Ronaldo yang ada impian sendiri.
Lagipun sepanjang tempoh di Manchester United – Ronaldo telah memberikan komitmen terbaik beliau walaupun pada musim beliau diburu oleh Real Madrid.
Pada 26 Jun 2009 Cristiano Ronaldo melengkapkan perpindahan ke Real Madrid. Beliau kemudiannya diperkenalkan dalam satu majlis besar-besaran di santiago bernabeu dia dapat penyokong Real Madrid yang penuh di dalam stadium.
Dan selebihnya adalah sejarah.