Cristiano Ronaldo sempat berseloroh meminta agar pengadil perlawanan antara Al Nassr dan Al Ettifaq digantikan kerana dia terlalu teruk.
Al Ettifaq bimbingan Steven Gerrard berdepan dengan skuad Al Nassr dalam aksi King Cup of Champions bagi pusingan 16 akhir di Stadium Universiti King Saud.
Al Nasser menang dalam aksi itu dengan gol masa tambahan lanjutan oleh Sadio Mane pada minit ke-107 perlawanan.
Sebelum itu, Anderson Talisca telah menjaringkan gol namun dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid. Kemudian pemain itu dibuang padang dengan agak kontroversi tidak lama selepas itu.
Ronaldo memberikan reaksi kelakar dengan mutu pengadilan. Di mana dia memberikan isyarat di depan kamera dengan meminta agar pengadil perlawanan digantikan segera.
Cristiano Ronaldo asking for the referee to be changed during the game πππ pic.twitter.com/yFsovpTRi1
β TC (@totalcristiano) October 31, 2023
Ini bukan pertama kali Ronaldo tidak berpuas hati dengan pengadilan di Arab Saudi. Sebelum ini dia pernah meluahkan kekecewaannya ke atas mutu pengadilan di negara itu.
Ronaldo melalui malam yang agak sukar. Apabila penyokong Al Ettifaq berterusan bersorak nama Lionel Messi meraikan kejayaan pemain Argentina itu memenangi Ballon dβOr kelapan dalam kariernya.
Seperti diketahui, Messi dan Ronaldo merupakan seteru tradisi pada generasi mereka. Ronaldo sempat memberikan isyarat diam kepada penyokong Al Ettifaq yang cuma melakukan permainan psikologi ke atasnya.
Mane kemudian menjaringkan gol kemenangan untuk Al Nassr. Mane dan Ronaldo masing masing meraikan gol dengan keraian kuping telinga ditujukan kepada penyokong lawan.