Sepanyol memulakan kempen Euro 2024 dengan kemenangan bergaya ke atas pasukan yang cemerlang di peringkat kejohanan besar dalam beberapa edisi terakhir ini iaitu Croatia.
Perlawanan ini awalnya dianggap akan menjadi sukar buat Sepanyol. Namun jelas mereka ada cara untuk menang dengan gandingan ramai pemain muda di atas padang.
Sepanyol tidak memberikan ruang kepada Croatia terutama sekali pada separuh masa pertama. Mereka melakukan high pressing sampai ke corner flag.
Sepanyol menang 3-0 hasil jaringan oleh Alvaro Morata, Fabian Ruiz dan Dani Carvajal yang mencetak gol pada separuh masa pertama.
Croatia memperbaiki rentak permainan mereka pada separuh masa kedua dan mencipta banyak peluang. Namun masih tidak mampu menghasilkan gol.
Bekas pemain antarabangsa Croatia, Josko Jelicic mengucapkan tahniah kepada Sepanyol. Kerana telah menewaskan Croatia secara taktikal dan dalam banyak aspek permainan pada semalam.
Walaupun secara umumnya kedua dua pasukan boleh dikatakan seimbang dari segi penguasaan bola dan jumlah percubaan. Namun Jelicic menekankan bagaimana aspek high pressing Sepanyol memberikan Croatia masalah besar.
Selain daripada ketajaman Sepanyol di hadapan gol berbanding dengan Croatia yang tumpul.
Beliau berkata dalam analisis di tv Croatia: “Tahniah kepada Sepanyol. Mereka menewaskan kita secara taktikal secara total. Kita tidak ada jawapan untuk mengekang high pressing mereka.
“Jaringan mereka sangat banyak mengambil kira, setiap peluang yang mereka ada mereka terus sumbat masak. Kita bermain terlalu ke bawah. Budimir terlalu jauh dan kita semestinya tak ada peluang.
“Kita sedar keputusan ini memberikan tamparan hebat kepada kempen kita. Namun kita masih ada perlawanan paling penting pada Rabu.
“Kekalahan ini membuatkan semua orang tersentak. Namun tiada gunanya untuk terlalu berduka. Rabu ini, kita akan bertandang ke bandar Hamburg dan menang perlawanan itu.”
Joško Jeličić:
“Congratulations to Spain, they tactically outplayed us completely, we have no answers to their high-pressing, the score is too high considering that every chance they got they scored, playing too low, Budimir is too far away, we can’t get any chances.” 🚨 pic.twitter.com/TiJOBIxKZN
— 🇭🇷 (@TheCroatianLad) June 15, 2024