Crouch: “Isteri Saya Tak Minat Bola, Dia Pernah Call Tanya Saya Kat Mana Sebelum Game Start”

Jika Shakira sebelum ini pernah mengulas tentang kenapa Pique adalah bek tengah terbaik di dunia dalam satu ulasan yang padat. Masa tu diorang masih bersama.

Ramai lagi isteri atau pasangan pemain bola sepak yang sangat meminati bola sepak.

Kemudian ada isteri seperti isteri Thiago Silva yang sangat bersemangat menyokong suaminya dan sangat minat dengan bola sepak.

Namun bagi Crouch, isterinya berbeza. Dia tak minat langsung bola. Crouch bercerita perkara itu dengan The Guardian pada 2018.

Crouch gembira kerana dia menjadi pemain bola sepak. Dia lebih melihat kariernya sebagai melakukan perkara yang dia sukai berbanding memikirkannya sebagai satu pekerjaan.

“Saya tidak melihat pekerjaan saya sebagai kerja. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat melakukan sesuatu yang saya suka.”

Crouch turut berkongsi rutinnya sebagai pemain bola sepak pada ketika itu.

“Kami akan berlatih pada hari Isnin, mengadakan sesi intensif berganda pada hari Selasa, hari pemulihan pada hari Rabu, dan persediaan perlawanan taktikal pada hari Khamis dan Jumaat, dengan beberapa larian pecut bersedia untuk perlawanan Sabtu; kemudian hari pemulihan pada hari Ahad.”

“Sesetengah pemain, seperti Steve Gerrard, tidak pernah berhenti pun, tetapi saya sentiasa menikmati masa itu. Ramai kanak-kanak ingin menjadi pemain bola sepak, dan masih berasa seperti saya menjalani impian pada usia 37 adalah menakjubkan.” katanya pada ketika itu.

Pada akhir kariernya, Crouch memutuskan untuk tidak berpindah ke banyak kelab lagi kerana memikirkan keluarga. Dia juga berkongsi pengalaman memiliki isteri yang tidak minat bola sepak.

Ada kebaikan baginya. Kerana isterinya akan membuatkannya lebih mudah untuk berehat setiap kali tiba di rumah kerana tidak akan bercakap tentang bola sepak lagi.

“Ia juga agak berguna bahawa Abbey tidak suka bola sepak, jadi saya berehat dengan lebih mudah. Dia berbangga dengan apa yang saya capai.”

“Isteri saya tak  minat bola sepak. Dia pernah dikenali kerana peristiwa menghubungi saya 10 minit sebelum sepak mula dan bertanya: ‘Abang kat mana?'”

Peter Crouch merupakan pemain yang sangat berbisa di hadapan gol. Kariernya sinonim dengan Liverpool FC. Dia juga merupakan bekas pemain kebangsaan pasukan England.

Crouch adalah pemain yang sangat disenangi semua pihak kerana dia seorang yang mesra dan baik.

Selepas bersara, Crouch juga menjadi pundit dikenali dengan sikapnya yang suka membuat lawak termasuk di media sosial.

Baca yang lain