Peter Crouch berkongsi cerita tentang seorang pemain bola sepak yang memang ditakdirkan menjadi pemain profesional tanpa perlu bekerja keras atau minat mendalam.
Pemain itu adalah Benoit Assou Ekotto. Pemain berbakat yang sebenarnya tidak begitu ambil pusing tentang bola sepak. Dia cuma bermain bola sepak sebagai pekerjaan dan mendapatkan wang semata mata.
Ketika pemain lain bertungkus lumus berlatih dan menjaga pemakanan, Assou Ekotto sebaliknya santai santai sahaja dan makan apa sahaja dia suka. Menariknya, fizikalnya tidak gemuk walaupun tak jaga makan.
Peter Crouch malah mendedahkan Assou Ekotto seringkali tidak tahu pasukan mana yang akan mereka lawan pada aksi berikutnya. Dia akan bertanya dengan rakan rakannya, hari ini mereka akan lawan pasukan mana.
Crouch berkata: “Dia memang selalu berterus terang beritahu kami, dia tak begitu berminat mengikuti perkembangan bola sepak. Dia sebenarnya tidak suka mengikuti bola sepak. Pada 1.30 tengahari Sabtu, dia tak tahu pasukan mana yang kami akan lawan petang nanti.”
“Kami cakap dengan dia, ‘Tapi Benoit, kita bercakap pasal perlawanan ini di dalam sesi latihan sepanjang minggu kot,’.”
“Untuk makanan sebelum perlawanan, kami tak ambil makanan yang berisiko. Biasanya, pasta, ayam tanpa sebarang sos, dan kami amalkan makanan sihat untuk 20 tahun lamanya. Tetapi tiba kepada Benoit, dia akan datang dengan beg tesco yang ada makanan seperti croissant, air cokelat panas, air coca cola bergula, dengan sebungkus keropok.”
“Croissant tu saya faham la sebab dia berbangsa Perancis-Cameroon. Coklat panas pun saya faham lagi. Sebab dia suka cicah croissant dalam air sebelum makan.”
“Tetapi keropok, air coke, dua benda ni dianggap pantang untuk atlet. Dia kadangkala seperti orang Paris pertengahan usaia dan kadangkala seperti budak 12 tahun.”
“Namun yang mengejutkan, makanan itu ok sahaja untuk dia. Badannya sentiasa dalam bentuk terbaik dan jarang cedera. Jadi kami menerima sahaja tabiatnya dengan beberapa perkara pelik lain yang dia buat.”
“Dia suka memakai kereta yang tidak tentu untuk ke latihan. Kadangkala dia pakai kereta yang biasa, kemudian hari berikutnya dia pakai Lamborghini.”
🏴 Peter Crouch on Benoît Assou-Ekotto:
🎙️ "He would tell us straight out that he had no interest in football whatsoever. He genuinely didn't like it. At 1.30pm on a Saturday he'd have no idea which team you were playing.
'But Benoît, we've been talking about them in training… pic.twitter.com/ZVIxGewyir
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) September 13, 2023
“Dia juga menolak untuk mandi ais bagi tujuan pemulihan otot. Katanya terlalu sejuk dan badannya tak tahan. Benoit menang pelik dan kami semua sayangkan dia ketat ketat.”
Sebenarnya bukan itu sahaja perkara pelik tentang Assou Ekotto. Ada satu kisah dia pernah memberitahu Harry Redknapp bahawa dia sudah tak mahu bermain bola kerana mahu menukar karier menjadi pelakon dewasa.
Beberapa tahun kemudian Assou Ekotto menyatakan dia cuma bergurau kerana pada masa itu dia ada dihubungi seseorang daripada industri tersebut.