Crystal Palace sudah meletakkan tanda harga untuk pengurus mereka Oliver Glasner yang kini dikaitkan dengan Bayern Munich.
Bayern tiba tiba beralih kepada Glasner selepas terlepas beberapa calon lain sebelum ini.
Bayern gagal mendapatkan Xabi Alonso, Ralf Rangnick serta gagal memujuk Julian Nagelsmann untuk kembali semula ke pangkuan mereka.
Kini Bayern cuba memancing Oliver Glasner yang cemerlang bersama Crystal Palace sejak mengambil alih di kelab itu.
Sejak dia mengambil alih Palace, inilah kedudukan liga mini tersebut:
BILD melaporkan, beberapa jam selepas Ralf Rangnick menolak tawaran Bayern Munich, Mark Eberl dan Christoph Freund menghubungi Oliver Glasner pada malam itu juga. Dan menyatakan minat mereka mahu mendapatkan pengurus itu.
Nama Glasner adalah calon pilihan utama selepas Rangnick.
Bayern menawarkan struktur sokongan lebih baik dari segi kewangan kepada Glasner berbanding Palace untuk dia memiliki nama bintang dia mahukan.
Glasner berminat dengan tawaran itu. Mustahil untuk dia menolak kerana itu adalah Bayern. Lagipun dia mahu menguruskan pasukan di UCL dan memenangi trofi itu.
A few hours after Ralf Rangnick rejected Bayern's offer, Max Eberl and Christoph Freund called Oliver Glasner in the evening and were determined to get him as new coach. Glasner was top of the list after Rangnick. Eberl and Freund explained to him why they thought he was the… pic.twitter.com/jw5wC8DbBV
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) May 13, 2024
Bayern kemudian menyediakan bidaan €18 juta untuk menebus kontrak Glasner daripada Palace.
Namun angka itu dianggap terlalu rendah. Lalu Bayern bertanya tentang tanda harga pengurus itu. Palace meminta angka yang dianggap tidak munasabah iaitu €100 juta untuk pengurus itu.
Bayern tidak akan membayar angka sebesar itu untuk seorang pengurus yang setara dengan perpindahan seorang pemain bintang.
Palace dikenali sebagai kelab yang degil dalam rundingan. Sepertimana mereka lakukan pada Wan Bissaka satu ketika dahulu. Selain itu mereka pernah menolak tawaran Arsenal untuk Wilfried Zaha kerana Arsenal tidak mahu membayar £80 juta untuk pemain tersebut. Arsenal membida £40 juta sahaja dengan maksimum termasuk bonus £55 juta.
Bayern masih aktif mencari pengganti Thomas Tuchel. Pengurus Jerman itu sendiri sudah menolak sebarang kemungkinan dia akan membuat u turn dan kekal di Bayern.
Nama lain yang dikaitkan dengan Bayern termasuk pengurus Brighton, Roberti De Zerbi. Namun belum ada rundingan yang aktif daripada Bayern untuk mendapatkan pengurus itu.
Nama Erik Ten Hag juga berada dalam senarai Bayern Munich. Dengan pengurus Man United itu tidak menutup kemungkinan akan mempertimbangkan tawaran itu. Namun buat masa ini Ten Hag tidak mahu sebarang gangguan dalam kerjayanya. Kerana fokusnya untuk membantu United menamatkan kedudukan liga di tempat terbaik yang mereka mampu.
Dan mereka juga masih ada final Piala FA.