Newcastle United kini dalam proses perundangan mahu menyaman AC Milan yang dianggap memerangkap mereka dalam penjualan Sandro Tonali.
Sandro Tonali kini dijatuhi hukuman gantung 10 bulan kerana skandal berjudi bola sepak.
Newcastle menganggap AC Milan tidak jujur dalam menjual Tonali dengan menyembunyikan perkara tersebut daripada mereka. Newcastle mengesyaki AC Milan tiba tiba dengan mudah menjual Tonali yang merupakan pemain tengah terbaik mereka dalam beberapa musim ini – sebagai usaha untuk mengelak daripada kehilangan pemain itu kerana penggantungan.
Sumber di Itali menyebut, AC Milan memang sudah lama tahu akan ketagihan Tonali kepada masalah judi. Dan mereka tahu risiko pemain itu akan digantung. Oleh sebab itu mereka menjual pemain itu.
Namun kini AC Milan menafikan mereka mengetahui masalah ketagihan judi pemain itu. Dan AC Milan menyatakan bahawa mereka menjual Tonali pada harga yang dianggap agak murah berdasarkan pasaran semasa – kerana mereka terdesak memerlukan wang untuk memperkuatkan pasukan mereka.
Seterusnya AC Milan menyatakan kepada Newcastle bahawa mereka sendiri terkejut mendengar berita Sandro Tonali disiasat oleh polis. Dan menegaskan bahawa mereka pun baru tahu pasal kes itu menerusi laporan media.
🚨🔴⚫️ Statement from AC Milan to @CraigHope_DM on developments re Sandro Tonali and talk of NUFC legal action.
“We first learnt about Tonali's gambling addiction through media reports, what we know is only what we read. We don't know anything else”. pic.twitter.com/hYD1TGcs3G
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 3, 2023
Ejen kepada Sandro Tonali, mengakui dia risau dengan ketagihan pemain muda itu kepada judi dan berharap hukuman ini akan membantu pemain itu sedar.
Nama Sandro Tonali mulai kantoi selepas pemain muda Juventus, Fagioli memetik Tonali sebagai punca dia terjerumus kepada masalah judi dan hutang sehingga €2 juta. Selain itu Fagioli turut menyalahkan emaknya yang terlalu mengongkongnya dari segi kewangan.
Ibu Fagioli adalah orang yang mengawal akaun bank pemain itu.