Cuti Romero Sasar Kejuaraan EPL Bersama Spurs

Christian Romero mahu terus kekal di Tottenham dan mensasarkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 2024/25. Cuti Romero dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab besar. Namun bintang Argentina itu  menyatakan bahawa fokusnya hanya untuk Spurs.

Hal ini kerana Spurs membuatkan dia selesa dan menghargainya. Jadi dia yakin akan dapat menjuarai EPL musim baharu ini – yang merupakan sasaran utamanya ketika ini.

Romero mendedahkan bahawa corak permainan Spurs dan Argentina adalah berbeza. Namun dia tidak ada masalah dengan perkara itu.

Dia berkata: “Saya tidak pernah memikirkan tentang kelab lain. Saya sangat sangat menghormati Tottenham Hotspur. Mereka sentiasa membuatkan saya rasa selesa, saya sangat suka bermain di sini – di Spurs.

“Saya sentiasa memberikan aksi terbaik saya. Di sini, mereka sentiasa menyokong saya. Sebab tu saya tak fikir tentang kemungkinan bermain untuk kelab lain. Ya, saya dengar banyak tentang cakap cakap berkejaan kemungkinan saya akan berpindah. Namun saya tenang tenang sahaja.

“Di kelab, saya bermain dengan cara permainan dan taktikal yang berbeza dengan ketika di skuad kebangsaan, lebih ofensif. Saya masih ada beberapa tahun lagi karier di eropah dan saya nak tengok di mana saya akan berada.

“Harap musim ini kita boleh menang kejuaraan liga, sebab itu adalah misi saya,” tegas pemain tersebut.

Pasukan bimbingan Ange Postecoglou itu sedang dalam persiapan pra musim. Spurs musim lalu memulakan musim dengan sangat baik. Namun mereka bermasalah mengekalkan prestasi tersebut ketika menuju ke pertengahan musim.

Ange Postecoglou pada musim lalu berdepan sedikit kekangan untuk mempersiapkan pasukan. Tetapi pada musim keduanya, dia dalam proses untuk memperkuatkan lagi pasukannya.

Cuti Romero sudah tentu akan menjadi pemain penting skuad Ange Postecoglou sekali lagi. Dia bermain di posisi bek tengah merupakan salah seorang pemain dalam generasi emas pasukan kebangsaan Argentina.

Dia akan menggunakan pengalamannya ketika membantu Argentina memenangi piala untuk membantu Spurs menamatkan kemarau piala mereka. Adakah misi itu akan dapat dilaksanakan oleh Cuti Romero bersama sama dengan pasukan Putih Teratai itu?