Dah Jatuh Ditimpa Tangga, Rashford Bakal Disisih Southgate Pula

Nasib malang Marcus Rashford nampaknya berterusa. Rashford ketika ini bukan pemain pilihan untuk kesebelasan utama Manchester United.

Dan terbaru, ESPN melaporkan bahawa Gareth Southgate bakal menyisihkan pemain tersebut daripada panggilan kebangsaan yang akan datang.

Rashford ketika ini antara pemain yang kerap dibanjiri kritikan. Penyerang berusia 24 tahun itu beraksi hambar di barisan serangan Manchester United. Mempersiakan banyak peluang dan juga seringkali gagal membuat keputusan yang terbaik dalam situasi penting.

Oleh sebab itulah dia gagal menjadi pemain utama dalam beberapa perlawanan sejak beberapa bulan lalu.

Rashford sangat kecewa dengan layanan Rangnick ke atasnya pada ketika ini. Terutama sekali ketika Man United kehilangan Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani dalam aksi derbi Manchester, Rashford penuh harapan dia akan menjadi pilihan untuk beraksi.

Rashford dikatakan mendapat pujian Rangnick ketika sesi latihan. Membuatkan hatinya berbunga bunga untuk terlibat dalam aksi derbi. Setiap pemain pasti mahu beraksi dalam derbi.

Malangnya Rashford disisihkan sekali lagi daripada kesebelasan utama.

Rashford masuk sebagai pemain gantian dan menunjukkan aksi sangat teruk. Ramai mengkritik Rashford sebagai tidak bersemangat kerana kecewa tidak menjadi kesebelasan utama. Sikapnya itu tidak disenangi peminat.

Rashford menelan kekalahan 4-1 bersama sama dengan Manchester United.

Nasib malang Rashford berterusan lagi. Southgate ketika ini tidak melihat Rashford sebagai pemain yang layak dipanggil ke dalam skuad kebangsaan untuk tugasan antarabangsa pada Mac 2022.

Seterusnya, Rashford kini diingatkan bahawa tidak ada jaminan bahawa dia akan dipanggil dalam skuad Piala Dunia 2022 England.

Walaupun selama ini dia adalah pemain yang sentiasa berada dalam senarai pilihan Southgate.

Southgate ketika ini pada fasa ‘audition’ akhir. Oleh sebab itu dalam dua sesi antarabangsa akan datang, ianya bukan lagi fasa eksperimen untuk Southgate.

Beliau dalam rangka persiapan akhir sebelum Piala Dunia 2022.

BACA JUGA: Rashford Mahu Angkat Kaki

Marcus Rashford sebelum ini menjadi bakat akademi yang dianggap berpotensi menjadi kapten masa depan Manchester United kini sedang dalam situasi dia tidak gembira di kelab tersebut.

Rashford mempersoalkan kenapa beliau terus gagal mendapatkan minit perlawanan lebih banyak dalam pasukan Manchester United.

Rashford sebelum ini yakin bahawa dia akan beraksi sebagai kesebelasan utama dalam aksi Manchester Derby selepas berlatih dengan cemerlang.

Namun dalam aksi tersebut sekali lagi pemain antarabangsa England itu menjadi pemain gantian. Ralf Rangnick hanya ada Rashford yang dianggap boleh bermain no.9 selepas Ronaldo dan Cavani dikatakan cedera. Namun pengurus asal Jerman itu memutuskan untuk menjadikan Bruno Fernandes sebagai false 9.

Manchester United tewas 4-1 dalam aksi derbi menentang Manchester City yang dilangsungkan di Etihad.

Dua gol daripada Kevin De Bruyne, dan dua gol daripada Riyad Mahrez hanya mampu dibalas dengan satu gol oleh Jadon Sancho.

Kemasukan Rashford pada separuh masa kedua jelas sekali tidak memberikan impak yang diharapkan.

Roy Keane menegaskan bahawa ada beberapa pemain tidak menunjukkan bahasa tubuh yang bagus di atas padang.

Rashford antara pemain yang dikatakan tidak menunjukkan dia dalam motivasi terbaik dalam perlawanan tersebut. Dipercayai fikirannya sedang mempersoalkan tentang kedudukannya di dalam pasukan.

Lantas pemain itu mahukan penjelasan daripada Ralf Rangnick tentang situasi beliau di Man United. Pemain tersebut malah mempertimbangkan untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama Manchester United.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa pemain tersebut akan terus kekal profesional selama dia menjadi pemain Man United. Di mana kontrak semasa Rashford akan berakhir pada 2023.

Prestasi tidak menentu Rashford membuatkan pemain itu gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Rashford seringkali membazirkan peluang gol dan memiliki produk akhir yang mengecewakan.

Dalam kontrak semasa Marcus Rashford, pemain itu ada klausa lanjutan semusim lagi daripada tarikh tamat kontraknya. Tetapi buat masa ini Rashford tidak memikirkan tentang perkara itu kerana kecewa dengan minit permainan yang sangat sedikit.

Rashford tidak mahu kehilangan tempat dalam skuad Piala Dunia England. James Ducker menganggap situasi Rashford adalah satu lagi masalah yang membuatkan pengurusan pening kepala di United. Dalam usaha mereka mahu membina pasukan pada musim panas akan datang.

Man United jelas sekali tidak mahu kehilangan Marcus Rashford yang merupakan produk akademi mereka.

Seterusnya, Marcus Rashford juga mahukan jaminan bahawa dia akan menjadi pemain utama dalam projek baharu Manchester United kelak.

Ketika ini Rashford malah kehilangan tempat di belakang Jadon Sancho dan Anthony Elanga di dalam pasukan Man United.

Dengan perkhabaran bahawa Erik Ten Hag antara calon utama menggalas tugasan pengurus tetap di United musim hadapan. Ten Hag dikatakan mahu membawa masuk Antony bersamanya.

Itu juga dianggap akan mengurangkan lagi peluang Rashford dalam pasukan utama dengan Jadon Sancho beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sebagai wing kiri pasukan.

Rahsford antara bakat muda yang membangun sangat pantas di Manchester United. Namun sejak akhir akhir ini, dia bergelut untuk menepati ekspektasi peminat ke atasnya.

Jika keadaan ini berterusan, Rashford pastinya akan kehilangan tempat dalam pasukan utama. Adakah Rashford akan membuat keputusan drastik untuk meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan akan datang? Demi mendapatkan minit perlawanan yang lebih banyak dan menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan Tiga Singa?

Apa yang pasti Rashford harus mendapatkan semula prestasi terbaiknya berbanding dengan merungut kerana kehilangan tempat.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di