Masalah internet lambat macam siput ni berlaku di mana sahaja. Namun sekumpulan pengkaji di Monash, Swinburne, serta universiti RMIT di Australia telah mengklai mereka sudah menemui cara untuk memuaskan hati mereka yang laparkan kelajuan super untuk internet.
Dalam artikel yang dikeluarkan oleh The Verge, para pengkaji mendedahkan cara mereka boleh membuatkan internet laju sehingga mencecah 44.2 Tbps (terabits per second / terabits sesaat), yang merupakan satu rekod dunia.
Menariknya, mereka melakukannya dengan hanya menggunakan fiber optik yang standard. Kedua dua ujian dilakukan di bandar metropolitan Melbourne, Australia.
Hasilnya mereka berjaya mendapatkan capaian kelajuan 44.2 Tbps untuk bitrate yang biasa; untuk coded rate dan dalam keadaan yang sangat sibuk penggunaan internet, kelajuannya berkurang kepada 39 Tbps, di mana ianya masih sangat laju.
Para pengkaji menyatakan, untuk mendapatkan kepantasan luar biasa ini, mereka menggunakan “soliton crystal micro-combs,” di mana “optical frequency combs” dijana dengan diintergrasikan oleh micro-cavity resonators.
Para pengkaji menjelaskan mereka menggunakan micro-combs untuk meningkatkan pemindahan data.
“Kerja kerja ini menunjukkan bahawa kemapuan ia menyokong transmisi data jalur lebar pada kadar ultra tinggi dan juga pada persekitaran yang sibuk.”
“Ini adalah salah satu sistem transmisi yang paling berkesan yang dilaksanakan dalam rangkaian telekomunikasi standard, memandangkan jumlah rekod yang dapat dikodkan dan disebarkan dalam serat optik dengan kehilangan data minimum,” kata Profesor Roberto Morandotti dari INRS dan pengarang kajian dan kolaborator jangka panjang Prof Moss.
Rangkaian telekomunikasi menggunakan banyak frekuensi, atau warna, untuk memindahkan sebanyak mungkin maklumat. Walau bagaimanapun, laser berasingan biasanya digunakan untuk setiap warna, yang menambah kerumitan dan meningkatkan kos.
“Di sini, kami memutuskan untuk menggunakan sisir mikro [micro combs] untuk menggantikan beberapa laser. Seperti sisir rambut, kami dapat menghasilkan satu set frekuensi yang sama jaraknya, dan fasa dan amplitudnya dapat dikendalikan dengan mudah dan tepat,” jelas Morandotti.
“Keupayaan untuk membekalkan semua jenis wavelength untuk gelombang dengan satu cip bersepadu ringkas, menggantikan banyak laser selari [parallel lasers], memberikan lebih banyak manfaat dari segi prestasi, skalabiliti dan penggunaan kuasa.”
Berapa laju agaknya 44.2 terabits per second? Ianya bersamaan dengan 5.525 terabytes per second.
Gila babi! 5 TB dalam sesaat. Lebih lama masa korang nak masukkan 5 external hard disk bersaiz 1TB setiap satu ke dalam beg berbanding mendownload 5TB ke dalam komputer.
Pada 2019, sebuah laman dewasa, menyatakan ada pengguna mereka memuat turun kesemua video di laman mereka dalam masa 1991 saat ataupun 33.2 minit.
Namun malangnya pengguna itu tidak mahu tampil dan mendedahkan bagaimana dia melakukannya. Para pengkaji mahu bekerjasama dengan dia untuk kebaikan ramai pihak. Tapi tu la.