Dalam Kariernya, Mourinho Teringin Nak Sign GOAT Bernama Messi

Jose Mourinho akhirnya menyatakan dia harus mengakui bahawa Lionel Messi adalah pemain terbaik atau GOAT dalam generasinya berbanding mana mana pemain lain.

Ini termasuk CR7 yang juga seringkali dianggap GOAT oleh ramai peminat bola sepak.

Perseteruan Messi dan Ronaldo dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah sukan dunia. Kedua duanya memiliki 13 Ballon d’Or di antara mereka. Dengan Messi ada 8 Ballon d’Or dan Ronaldo ada 5 bersamanya.

Dalam satu wawancara terbaru dengan Mourinho, The Special One mengiktiraf Messi sebagai pemain terbaik dalam generasinya. Messi juga dianggap pemain yang Mourinho benar benar teringin mahu uruskan walaupun tidak pernah berkesempatan melakukannya.

Mourinho: “Sudah tentunya Lionel Messi [pemain yang mahu ditandatangani di kalangan pemain yang tak pernah dia uruskan]. Namun lelaki kecil ini bukan pemain yang mampu dilatih.

“Saya harus akui bahawa di dalam generasi kita, Messi adalah pemain terbaik.”

Beberapa tahun lalu Mourinho juga pernah menyatakan perkara yang sama tentang keinginan melatih Messi cuma dia tak mengiktiraf Messi sebagai GOAT ketika itu.

Messi pada Februari lalu berkata: “Saya tak pernah melatih Messi, dan tiada siapa boleh melatihnya. Ianya benda pelik kalau kamu fikir kamu boleh melatihnya. Kerana dia memang dilahirkan dengan segalanya.

“Malah dia yang akan mengajar kamu sesuatu. Apa yang kamu boleh katakan adalah, kamu berbesar hati memilikinya di dalam skuad kamu.”

Lionel Messi kini bersama dengan Inter Miami dan Mourinho baru sahaja menyertai Fenerbahce. Mungkinkah ada peluang untuk kedua duanya bekerjasama?

Messi beberapa hari lalu menyatakan bahawa Inter Miami adalah kelab terakhirnya.