Dalam Sekelip Mata Ejen Dragusin Menjadi Musuh Peminat Spurs

Ejen kepada Radu Dragusin terus menimbulkan kemarahan kepada peminat Spurs, hanya sehari selepas 2 hari pemain itu menyertai Spurs.

Sebelum ini ejen pemain itu, Florian Manea dipuji oleh peminat Spurs kerana membantu pemain itu memilih Spurs berbanding Bayern Munich.

Pada saat saat akhir Bayern cuba memintas Spurs daripada mendapatkan Dragusin. Namun ejen pemain itu mendedahkan bahawa mereka sudah memutuskan untuk menyertai Spurs dan menepati janji kepada Ange Postecoglou.

Manea berkata: “Kami tak pecaya bahawa kami baru sahaja menolak tawaran Bayern. Radu menepati janjinya kepada Spurs dan memilih untuk menghormati janjinya. Kami masih lagi pecah kepala sikit memikirkannya.”

Tetapi tidak lama selepas itu Florian Manea terus menjadi musuh pemian Spurs. Ini kerana dia terbuka menyatakan bahawa Tottenham hanyalah kelab batu loncatan untuk pemain itu menyertai dua kelab idamannya iaitu Real Madrid atau Barcelona.

Dia berkata: “Dalam 3 atau 4 tahun lagi, saya dah nampak dia di Real Madrid. Kami hanya baru berada di permulaan perjalanan kami. Dan kami mahu pemain kami berjaya sampai ke kelab terbaik di dunia.

“Bayern antara kelab terbesar di dunia, namun impiannya adalah bermain sama ada untuk Real atau Barcelona.”

Peminat Spurs meminta Dragusin segera memecat ejennya yang dianggap biadap.

Laman Spurs News memulis: “Pecat ejen!

“Maksud saya, ini adalah kebiadapan next level yang ditunjukkan kepada Spurs. Dragusin masih tak bermain sebarang perlawanan lagi pun. Tenang kawan.”

Mereka merasakan bahawa ejen pemain itu sudah menunjukkan dia gilakan perhatian kelab besar. Kerana mengejar komisen.

Ada juga yang meminta peminat harus menerima kenyataan bahawa Spurs memang kelab batu loncatan pemain. Lihat sahaja Gareth Bale dan ramai bintang lain sebelum ini. Sukar nak menemui pemain bintang berkelas dunia sanggup kekal lama di Spurs seperti Harry Kane atau Son  Heung Min.

Mereka menegaskan ini semua salah Levy yang sudah membentuk Spurs sebagai kelab penjual kepada kelab besar dan tak pernah serius menjadikan Spurs kelab lebih kuat sebagai pencabar kejuaraan.