Jurulatih Croatia nampaknya telah tampil menyindir Argentina dalam sidang media sebelum perlawanan.
Menurutnya, Argentina harus mengawal sedikit sikap mereka yang mudah koyak menjelang aksi kedua dua pasukan dalam peringkat separuh akhir Piala Dunia 2022.
Dalic tidak mahu perlawanan yang terlalu emosional seperti mana berlaku pada pemain Argentina ketika menentang Belanda.
Di mana aksi tersebut sangat tegang dan terlalu banyak provokasi. Terdapat 16 kad kuning dan satu kad merah dilayangkan.
Ini termasuk beberapa insiden lain yang melibatkan pemain pemain kedua dua pasukan. Lionel Messi meraikan gol di hadapan Van Gaal.
Paredes menyepak bola ke arah bangku simpanan Argentina. Selain itu, pada penentuan penalti, pemain pemain Belanda dilihat memprovokasi pemain Argentina dan berlaku lagi pertikaman lidah antara mereka.
Dalic merasakan bahawa Argentina pasukan yang bagus tetapi cepat koyak.
Dia turut menyebut insiden pada 2018, di mana pengurus Argentina ketika Jorge Sampaoli tidak mahu bersalaman dengan Dalic selepas Argentina kalah mengejut di peringkat kumpulan Piala Dunia 2018.
“Saya faham beberapa insiden tegang kerana jangkaan yang tinggi ketika itu (pada 2018 pada Argentina).
“Ia dah pun berlaku dan kami tidak akan menyimpan sebarang dendam,” kata Dalic pada sidang medianya.
Zlatko Dalic has previously experienced the temper of La Albiceleste, with then-Argentina boss Jorge Sampaoli refusing to shake hands following Croatia's group-stage win in 2018. #FIFAWorldCup https://t.co/i5KeBZmAZL
— Japan Times: Sports (@jt_sports) December 13, 2022
“Saya tidak marah kepada sesiapa yang berada dalam keadaan emosi. Argentina menentang Belanda juga agak bersemangat dan sukar dengan adanya banyak tingkahlaku yang tidak berkaitan dengan bola sepak.”
“Saya sangat berharap perkara ini tidak akan berlaku esok.”
“Perlawanan esok adalah perlawanan yang hebat untuk Argentina dan juga kami. Pertaruhannya adalah sangat tinggi untuk kedua-duanya dan satu tempat di final menjadi taruhan,” kata Dalic.
Selain itu, ditanya sama ada mereka mampu menghentikan Messi, Dalic berkata: “Kami berjaya hentikan Neymar, jadi kami boleh hentikan Messi juga.”
Dalic menyatakan dalam beberapa tahun ini Crotia telah mencipta beberapa kemenangan dan momen bersejarah. Ini termasuk mengalahkan England pada 2018 untuk melangkah ke final. Kemudian mereka menewaskan Brazil pada edisi kali ini untuk ke separuh akhir.
Dalic berpendapat, jika mereka menewaskan Argentina dan mara ke final, sudah tentu momen itu adalah yang paling bersejarah dalam bola sepak negara mereka.
Kenyataan Dalic yang terbuka menyindir dan mengkritik Argentina itu membuatkan beberapa peminat memberikan amaran kepada Dalic bahawa dia mungkin akan menerima nasib seperti Van Gaal.
Di mana pengurus itu dianggap terlalu banyak cakap sebelum perlawanan dan akhirnya dihukum oleh Argentina.
Zlatko Dalić (Croatia coach)🗣️: “We stopped Neymar, so we can also stop Messi."
Just like Van Gaal, this mf is talking too much. Isn’t he? pic.twitter.com/Z6u2eUagt6
— FCB Albiceleste (@FCBAlbiceleste) December 11, 2022