Dan Inilah Dia, 3 Pemain Itali Paling Berpengaruh Sepanjang Zaman

Berdebat siapa pemain terbaik sepanjang zaman yang pernah menyarung jersi Itali merupakan satu topik yang kurang bijak untuk diketengahkan.

Ini kerana Azzurri memiliki ramai legenda yang ikonik dalam sejarah bola sepak.

Antaranya seperti Gianluigi Buffon, Dino Zoff, Paolo Maldini, Paolo Rossi, dan Luigi Riva.

Buffon membantu Itali memenangi Piala Dunia pada 2006, dan menjadi pemain paling banyak kaps untuk Itali dengan 176 penampilan.

Legenda Dino Zoff merupakan penjaga gol yang membantu Itali menjuarai Piala Dunia 1982. Masih kekal pemain paling tua pernah memenangi Piala Dunia.

Paolo Maldini, walaupun tiada sebarang kejuaraan major dengan Itali, beliau kekal menjadi pemain paling banyak minit beraksi di Piala Dunia pada 2016.

Rossi antara nama yang menjadi simbol kebanggaan Itali ketika kejuaraan dunia 1982. Beliau memenangi kasut emas yang membantu negaranya menjuarai Piala Dunia ketika itu.

Seterusnya ialah Riva. Penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Itali dengan 35 gol daripada 42 perlawanan.

Ramai lagi nama besar seperti Francesco Totti, Andrea Pirlo dan Chiellini antara mereka yang dianggap ikonik dalam sejarah bola sepak Itali.

Embed from Getty Images

Namun begitu, penulis Daniel Lucci mendedahkan ada tiga nama pemain paling berpengaruh –yang dia atas kesemua legenda lain di dalam bola sepak Itali — untuk pemain yang pernah menyarung jersi Itali.

Beliau menyatakan, senarai tersebut adalah berdasarkan pandangan peminat bola sepak di Itali.

Berikut adalah senarai pemain Itali yang paling berpengaruh.

1. Roberto Baggio

Seperti Paolo Maldini, Roberto Baggio tidak pernah menjuarai Piala Dunia dengan negaranya.

Malah sepakan penaltinya yang gagal pada aksi final 1994 merupakan detik paling malang dalam kariernya. Siapa sangka Roberto Baggio boleh melakukan kesilapan ketika melakukan sepakan itu.

Walaubagaimanapun, ramai orang Itali menganggap Roberto Baggio sebagai legenda no.1 di negara mereka.

Pemain yang signifikan dengan gaya permainan yang lincah dengan rambut ponytail ini menjaringkan 27 gol daripada 56 penampilan untuk Itali.

Beliau berjaya menjaringkan 9 gol dalam Piala Dunia, dan beraksi dalam 3 edisi Piala Dunia yang berbeza.

Rekod-rekod ini membuktikan betapa berpengaruhnya Roberto Baggio di atas padang dan menjadi kebanggan Azzurri.

Beliau dianggap pemain terbaik pada generasinya, namun dihantui oleh kegagalan penalti pada Piala Dunia.

2. Giuseppe Meazza

Berbeza dengan Baggio,  Giuseppe Meazza merupakan pemain yang boleh deliver pada kejohanan besar.

Penyerang tengah ini merupakan antara nama pemain legenda yang memenangi Piala Dunia back to back pada 1934 dan 1938. Power bukan?

Idola Inter Milan ini menjadi kapten Itali pada 1938.

Beliau merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di Itali dengan 33 gol daripada 58 kaps.

Nak menang satu piala dunia pun payah oi, apatah lagi nak menang dua. Dan Meazza merupakan nadi penting Itali ketika itu.

Akibat namanya yang terlalu berpengaruh, nama San Siro juga dikenali dengan nama Stadium Giuseppe Meazza terutama sekali di kalangan peminat Inter Milan.

3. Fabio Cannavaro

Fabio Cannavaro masih kekal menjadi satu satunya pemain pertahanan yang pernah menang Ballon d’Or.

Aksi beliau ketika Piala Dunia 2006 dianggap sebagai salah satu aksi terbaik seorang bek tengah dalam membantu negaranya menjuarai Piala Dunia.

Malah ada yang menganggap beliau seperti one man show di pertahanan Itali ketika itu, kerana terlalu bagus untuk mematikan setiap ancaman yang lalu di depan matanya.

Fabio Cannavaro merupakan pemain kedua paling banyak kaps dalam sejarah Itali, di belakang seorang lagi legenda Juventus, Gianluigi Buffon.

Fabio Cannavaro juga menjadi pemain yang paling banyak kemunculan dalam kelayakan Piala Dunia untuk Itali dengan 50 penampilan dan menyamaai rekod Paolo Maldini untuk kemunculan terbanyak pada Piala Dunia, iaitu sebanyak 4 temasya berbeza.

Lebih manis Fabio Cannavaro merupakan kapten yang menjulang Piala Dunia pada 2006.

Fabio Cannavaro dinamakan dalam kesebelasan terbaik Piala Dunia 2006 dan memenangi Silver Ball — pemain kedua terbaik kejohanan selepas Zinedine Zidane.

Aksi pada Piala Dunia 2006 itu telah membantu beliau memenangi FIFA World Player of the Year dan Ballon d’Or 2006.

Fabio Cannavaro telah meneruskan legasi pertahanan tengah dari Itali yang ikonik dan menjadi idola seluruh dunia.

Sumber: All Football

Baca yang lain