Dan Tiba Tiba Liverpool Membida Dembele

Liverpool dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain sayap Barcelona Ousmane dembele musim panas ini.

Dembele merupakan pemain yang agak berkaca. Di mana rekod kecederaannya sukar untuk ditandingi dalam beberapa musim ini.

Menurut wartawan Itali Gianluca Di Marzio yang merupakan antara sumber tier 1 dalam perpindahan pemain, the Reds telah mengemukakan tawaran untuk pemain Perancis itu.

Tak taulah kalau anak dia yang taip artikel tersebut tanpa pengetahuan ayahnya.

Berdasarkan sumber dari Itali itu, nampaknya, Liverpool mahu menandatangani pemain itu dengan pinjaman serta ada pilihan untuk membeli.

Klopp mahu mendapatkan back up untuk dua pemain sayap beliau iaitu Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Namun sumber yang sama menyatakan Dembele tidak mahu ke mana mana. Di mana beliau hanya mahu kekal di Barcelona.

Lagipun Dembele dikatakan tidak melihat dia akan menjadi pemain utama dalam skuad Liverpool dengan adanya Salah, Mane.

Jurgen Klopp memiliki rekod dan kepandaian mengasuh dan meningkatkan pemain muda.

Tetapi Dembele tidak kisah dengan semua itu. Kerana beliau hanya mahu berdampingan dengan Lionel Messi di Barcelona.

Dembele merupakan pemain yang dibeli dengan nilai €110 juta dari Borussia Dortmund. Beliau setakat ini masih belum dapat menjadi pemain utama secara konsisten.

Sudah pastinya masalah utama beliau adalah kecederaan.

Dembele merupakan antara pemain yang sangat berbakat dan kacak dari sudut tepi.

Beliau boleh menggunakan kedua dua kakinya dengan efisien seperti kejuruteraan magnetik.

Dembele masih berusaha untuk membuktikan dirinya cukup bagus untuk pasukan Catalan itu.

Malah Barcelona dilaporkan meletakkan nama beliau untuk dibida dengan harga betul oleh mana mana pasukan jika mahu.

Ini kerana Barcelona nak top up wang untuk dapatkan Neymar dari PSG.

Baca yang lain